udang karang

Gelagat seekor udang karang baru-baru ini tular di media sosial apabila haiwan tersebut dilihat seolah-olah membantu mengambil sehelai baju yang terjatuh dari balkoni sebuah rumah.

Menerusi video yang dikongsikan, baju berkenaan dipercayai jatuh ke kawasan tempat udang karang itu berada. Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila haiwan tersebut dilihat mencengkam baju itu menggunakan penyepitnya sebelum mengangkat dan membawanya ke arah atas.

Aksi spontan tersebut membuatkan ramai netizen terhibur kerana ia kelihatan seperti udang karang itu sedang membantu tuannya mendapatkan semula pakaian yang jatuh.

Baca juga: Durian Musang King Malaysia Dipuji ‘Perfecto’, Lelaki Ini Akui Versi Indonesia Masih Belum Mampu Tandinginya

GELAGAT UDANG KARANG INI BUAT NETIZEN TAK KERING GUSI

udang karang

Tidak mengambil masa lama untuk video itu menjadi perhatian ramai. Ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang terhibur melihat ‘kerajinan’ udang karang tersebut.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah:

“Dah tggu masa jadi lauk pun kene keje lagi.”

“Kalau ko gulai dia memang ko tak kenang budi hahhaha.”

“Ni kalau kena masak ni tak tau la ek.”

“Tlg bawak dia pi EcoShop, upah dia.. pilih 5 barang ape yg dia nk.”

Komen-komen berkenaan turut mendapat ribuan tanda suka kerana ramai yang bersetuju bahawa gelagat udang karang itu memang mencuit hati.

Ramai Anggap Udang Karang Itu Layak Dapat Ganjaran

Melihat cara haiwan itu memegang dan mengangkat baju tersebut, ramai netizen berseloroh mengatakan ia wajar diberikan ganjaran atas ‘khidmatnya’.

Malah, ada yang menganggap udang tersebut sangat rajin kerana sanggup membantu walaupun tidak diminta.

Walaupun tindakan itu berkemungkinan besar berlaku secara semula jadi, ramai tetap menganggap situasi tersebut sebagai satu kejadian yang sangat menghiburkan.

Video Ringkas, Tapi Berjaya Tarik Perhatian Ramai

Video-video melibatkan haiwan sememangnya sering mendapat perhatian pengguna media sosial kerana mampu menghadirkan momen yang tidak dijangka.

Begitu juga dengan video udang ini yang berjaya mencetuskan pelbagai reaksi lucu dalam kalangan netizen. Ada yang ketawa, ada yang kagum, malah ramai juga yang mengatakan mereka menonton video tersebut berulang kali kerana terlalu comel.

Kadangkala, gelagat spontan haiwan seperti inilah yang berjaya menceriakan hari dan membuatkan ramai tersenyum tanpa sebab.

Semoga bermanfaat!

Sumber: peshoooosha, yu.ku_3180

Baca juga: Turun 34Kg Walaupun Masih Makan Di ‘Mamak’, Lelaki Ini Kongsi Cara Order Yang Ramai Tak Tahu

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN