Biasanya kalau kita masak maggi letak telur je kan? Kali ini jom cuba Maggi Kari Soya ni pula.
Guna ‘soya’? Ya, anda tak salah dengar. Resipi ini menggunakan soya untuk kuahnya.
Nak macam pelik, tapi rupanya sedap yang amat! Saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsikan resipinya di bawah.
1. Boleh guna apa-apa jenama mi segera, asalkan perencah berkuah. Saya suka guna mi Maggi perencah kari atau ayam. Selain tu, sila gunakan air soya tanpa gula atau kurang manis.
2. Pertama sekali, masukkan mi segera dan cendawan ke dalam mangkuk. Isi dengan secawan air (250ml). Boleh guna cendawan shiitake segar atau kering, cendawan butang atau apa-apa jenis cendawan.
3. Kemudian pecakan telur ke dalam cawan yang berisi 200ml air (bersuhu bilik).
4. Masukkan mangkuk dan cawan tadi ke dalam microwave oven, dan letak pemasa selama 1 ½ minit hingga 2 minit. Bergantung pada jenis microwave.
5. Bila mi dan kembang, tos dan buang airnya. Ketepikan mi.
6. Dalam mangkuk tadi, campur air soya bersama perencah. Kemudian panaskan dalam microwave selama 1-2 mnit. Kalau lebih, mungkin air soya akan jadi berketul.
7. Bila dah panas, keluarkan dari microwave dan campur sedikit minyak bijan. Jika tak suka, tak perlu letak. Minyak bijan menghasilkan aroma yang membangkitkan selera.
8. Kemudian susun telur yang kita dah masak dalam cawan tadi. Taburkan daun bawang, cendawan dan kepingan nori. Letak sedikit minyak cili.
9. Taburkan bijan yang sudah disangai. Boleh saja letak apa-apa yang anda suka seperti ayam, itik, sosej, bawang goreng dan sebagainya.
10. Kuah ini berempah dan berlemak. Makan dengan chili oil memang sepadan.
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…