Pernah dengar makanan pepes ayam? Kalau pernah makan otak-otak atau sata, rasa pepes lebih kurang sama. Nama lainnya juga dikenali sebagai pais, menggunakan daun pisang dan ikan sebagai bahan utama.
Ia merupakan hidangan yang berasal dari Jawa Barat dan ramai orang Malaysia yang menggemarinya. Harga pepes yang sudah dibakar boleh tahan mahal juga.
Jadi apa kata jom cuba buat sendiri pepes ayam di rumah menggunakan resipi hasil perkongsian dari Rozmaliza Omar di bawah.
1. Kisar semua bahan bertanda (**) kecuali isi ayam dan telur sehingga lumat. Kemudian tuangkan ke dalam kuali. Masukkan juga sedikit minyak, kiub ayam, secukup rasa, garam, gula dan santan.
2. Masak kesemuanya sehingga pekat dan sejukkan sambal.
3. Isi ayam yang sudah dikisar gaul dengan telur. Apabila sambal sudah sejuk, campurkan dengan ayam kisar tadi. Gaul rata sehingga sebati. Pastikan rasa cukup pedas dan manisnya.
4. Letakkan 1 sudu kecil adunan pepes ke atas daun pisang dan bungkus macam kuih koci.
5. Kukus selama 20 minit. Bila nak makan, bakar sekejap atas dapur.
6. Sedap makan panas-panas, selamat mencuba!
Kredit: Rosmaliza Omar
Resepi dorayaki ini memang sesuai dicuba kalau suka kuih yang lembut, gebu dan mempunyai inti…
Apam pisang kukus antara kuih yang boleh disediakan menggunakan pisang berangan yang sudah cukup masak.…
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…