resipi ayam berempah

Resipi ayam berempah antara resipi lauk yang sering dicari dan disukai ramai. Bukan saja di kedai makan atau pasar malam, malah ia menjadi lauk kegemaran untuk dimasak di rumah.

Dengar namanya saja, boleh bayangkan aroma wangi rempah-rempah pada ayam goreng rangup panas-panas. Biasanya, ia dimakan bersama nasi kukus dan sambal pedas yang padu.

Resipi ayam berempah yang dikongsikan oleh Makcik Ratu di Facebook cukup menyelerakan. Bahan-bahannya ringkas, tapi hasilnya luar biasa apabila dikisar dan diseimbangkan rasa.

Baca juga: Tips Ayam Goreng Rangup Tahan Lama, Guna Teknik Ini Baru Hasil Menjadi!

RESIPI AYAM BEREMPAH

resipi ayam berempah

Bahan-bahan kisar (guna sedikit air dan sedikit minyak saja):

  • 12 inci halia
  • 8 hingga 10 ulas bawang merah
  • 6 batang serai
  • 6 ulas bawang putih

Campurkan juga bahan kering:

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk cili atau paprika
  • Serbuk perasa atau garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Ayam dibersihkan dan direbus dahulu. Air rebusan boleh simpan untuk buat kuah jika suka.

2. Kisar bahan-bahan bersama sedikit air dan minyak supaya kisaran lebih halus dan beraroma.

3. Gaulkan bahan kisar dan rempah kering ke atas ayam rebus. Perap semalaman atau sekurang-kurangnya beberapa jam dalam peti sejuk.

4. Panaskan minyak dengan banyak (deep fry), pastikan minyak betul-betul panas supaya ayam terus garing bila dimasukkan.

5. Goreng ayam sampai keperangan dan rangup di luar.

RESIPI SAMBAL NASI KUKUS

resipi ayam berempah

Bahan-bahan:

  • 5 tangkai cili merah (direbus dan dikisar)
  • 15 tangkai cili padi merah (direbus)
  • 7 hingga 8 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dibakar dahulu)
  • 1 hingga 2 ruas jari belacan (dibakar dahulu)
  • 5 sudu besar cuka makan
  • Jus daripada 3 biji limau kasturi (buang biji dahulu)
  • 1 hingga 2 sudu besar gula
  • Garam secukupnya
  • Sedikit air
  • Ajinomoto

Cara-cara membuat:

1. Rebus semua jenis cili terlebih dahulu sampai lembut, kemudian kisar halus bersama bahan-bahan lain.

2. Tambah sedikit air jika perlu untuk memudahkan proses kisar.

3. Rasa dahulu (jika suka lebih masam, boleh tambah limau, jika nak pedas meletup, tambah cili padi).

4. Sesuaikan rasa mengikut selera sendiri. Sambal ini tidak perlu ditumis, terus boleh dimakan sebagai sambal pencicah.

Selamat mencuba!

Sumber: Makcik Ratu

Baca juga: Cara Kukus Nasi Supaya Lebih Wangi & Lembut, Kena Masukkan Bahan ‘Ini’ Dalam Air!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN