
Seorang lelaki dari India mencuri perhatian netizen apabila videonya buka kedai makan bertemakan ‘Tomyam Malaysia’ tular di media sosial.
Dalam video tersebut, lelaki dikenali sebagai Kani Boy itu memperkenalkan pelbagai menu menarik dari Asia Tenggara terutama Malaysia dan Thailand yang dijual di kedainya.
Baca juga: Wanita Terkejut Jumpa Bangkai Cicak Dalam Pisang Goreng Tiramisu, Netizen Minta Dedah Lokasi Kedai
LELAKI BUKA KEDAI MAKAN DI INDIA, NAMA ‘TOMYAM MALAYSIA’ JADI PILIHAN

Menariknya, semua makanan yang ditawarkan di kedai tersebut merupakan hidangan yang biasa kita lihat di Malaysia seperti roti canai, nasi lemak, rojak, tomyam dan sate.
Melalui video yang tular di TikTok, ramai kagum bukan saja dengan makanannya, tetapi juga suasana kedai yang kelihatan bersih dan tersusun seakan-akan berada di Malaysia sendiri.
Tambahan pula, penggunaan bahasa Melayu dan amalan kebersihan mengikut SOP turut dipuji oleh para netizen. Malah, mereka bangga kerana makanan Malaysia popular sampai ke India.
KONGSI PERKEMBANGAN DI FACEBOOK, RAMAI PELANGGAN DI INDIA TERUJA CUBA MAKANAN MALAYSIA

Menerusi laman Facebook miliknya, Kani dilihat aktif berkongsi perkembangan kedainya. Ramai pelanggan tempatan di India kelihatan hadir mencuba hidangan yang ditawarkan sambil teruja mencuba menu popular dari Malaysia.
Pada masa yang sama, Kani juga kelihatan mahir menebar roti canai, salah satu kemahiran yang sering memikat hati pelanggan kerana dianggap unik dan memerlukan teknik tersendiri.
Difahamkan, kedai ‘Tomyam Malaysia’ di India ini dibina pada bulan Jun dan mula beroperasi sepenuhnya sejak 2 Julai lalu.
ANTARA KOMEN NETIZEN YANG BANGGA MELIHAT KEDAI ‘TOMYAM MALAYSIA’
“Wow tomyam Malaysia.”

“Tahniah, rakyat Malaysia yang datang ke India boleh singgah makan.”

“Nasi lemak Malaysia mendunia di India.”

Semoga bermanfaat!
Sumber: kani.boy47
Baca juga: Lelaki Jual Daging Landak Curi Perhatian Netizen, Ada Yang Kata Sedap Buat Rendang!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














