Categories: Resipi

Teknik Rahsia Masak Maggi Goreng Tomyam, Sedap Macam Dekat Kedai!

Kadang-kadang, bosan juga asyik makan nasi kan? Kalau nak tukar selera, apa kata cuba resepi maggi goreng tomyam yang mudah dan sedap ini.

Resipi ini hanya perlukan beberapa bahan asas yang mudah didapati. Sesuai sangat untuk mereka yang mahukan hidangan cepat dan penuh rasa!

Baca juga: Mi Goreng Lada Hitam, Resipi Campak-Campak Tapi Rasa Mantap!

RESEPI MAGGI GORENG TOMYAM BASAH

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu besar cili kisar (boleh lebihkan jika suka pedas)
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 500 ml air (lebih kurang 1 cawan besar)
  • 1 peket perencah tomyam (atau 1 ketul kiub tomyam)
  • Lauk protein pilihan (daging, ayam, fishball, fishcake, dll)
  • Sedikit kicap (untuk menambah warna)
  • 2 keping mi segera
  • Daun limau purut (dibuang urat, dihiris halus)
  • Sayur-sayuran pilihan (opsional)

Cara memasak:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak. Jika suka pedas, boleh tambah cili kisar mengikut selera.
  3. Tambahkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, kemudian kacau rata.
  4. Masukkan air (lebih kurang 500 ml) dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan perencah tomyam atau kiub tomyam dan lauk protein pilihan.
  6. Tambahkan sedikit kicap untuk memberi warna pada kuah.
  7. Setelah air mendidih dan lauk-lauk masak, masukkan mi segera dan masak selama 2-3 minit. Jika kuah kurang, boleh tambah sedikit air (pastikan jangan terlalu banyak).
  8. Selama proses memasak, boleh masukkan sayur-sayuran pilihan mengikut cita rasa.
  9. Setelah mi masak, masukkan daun limau purut yang telah dibuang urat dan gaul rata.
  10. Mi segera goreng tomyam yang sedap sedia untuk dihidangkan!

Kredit resipi dan gambar: Nor Farah Atika

Baca juga: Resipi Mi Goreng Basah ‘Belemuih’, Dah Kenyang Pun Rasa Nak Makan Lagi

Wan N

Recent Posts

Ayam Masak Oren Ala Chinese Style, Sosnya Pekat Melekat! Rupanya Guna Kordial Oren Je…

Ayam masak oren diinspirasikan daripada orange chicken, hidangan popular di restoran Chinese-American di Amerika Syarikat.…

3 hours ago

Bila Daging Empuk Bertemu Kuah Pekat Yang Kaya Rasa! Ini Resipi Beef Stew Ala Barat Wajib Cuba

Resepi beef stew merupakan hidangan berkuah dengan daging yang empuk dan kuah pekat yang kaya…

3 hours ago

Resipi Sambal Telur Hancur, Lauk Bajet Dengan Bahan Ringkas Yang Selalu Ada Di Dapur!

Resipi sambal telur hancur antara pilihan lauk ringkas yang sesuai disediakan apabila buntu memikirkan menu…

3 hours ago

Cara Simpan Ayam Goreng Kunyit Untuk Stok Seminggu, Balik Kerja Terus Boleh Masak

Balik kerja dalam keadaan penat, mestilah nak masak sesuatu yang mudah dan cepat. Sebab itu,…

5 hours ago

Sambal Kacang Kuda Legend Ini Buat Ramai Terkenang Zaman Sekolah, Memang Sedap!

Siapa yang pernah makan sambal kacang kuda masa zaman sekolah dulu? Rasanya yang pedas, sedikit…

5 hours ago

Asam Pedas Udang Galah Kuah Merah Pekat, Petua Ini Buat Rasa Pedas Masam Lebih Padu!

Kalau suka lauk yang pedas, masam dan cukup rasa, resipi asam pedas udang galah ini…

5 hours ago