Categories: Resipi

Resipi Ayam Tikka Masala Yang Sempoi, Cicah Dengan Roti Naan Memang Layan!

Chicken tikka masala adalah hidangan popular dari masakan India yang terkenal dengan rasa rempah yang kaya dan kuah berkrim.

Ayam diperap dengan campuran rempah seperti jintan putih dan ketumbar, kemudian dipanggang atau dibakar sebelum disiram dengan kuah tomato yang pekat dan berkrim.

Hidangan ini sangat sedap dan mudah disediakan, sesuai dinikmati bersama nasi putih atau roti naan. Dengan rasa yang lemak dan sedikit pedas, hidangan ini pasti memikat selera semua orang!

Baca juga: Resipi Gulab Jamun, Manisan India Ini Sangat Lembut & Cair Dalam Mulut!

RESEPI CHICKEN TIKKA MASALA

Bahan-bahan (untuk 4 orang):

Bahan perapan:

  • 1 cawan yogurt asli (plain yogurt)
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk red pepper / hot chilli
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 inci halia – dihiris nipis
  • 600g dada ayam – dipotong dadu (atau boleh gunakan mana-mana bahagian ayam)

Bahan untuk kuah:

  • 1 sudu besar unsalted butter
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 biji cili hijau – dihiris
  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 sudu kecil garam masala
  • 1 tin (220g) sos tomato
  • 1 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan daun ketumbar – dihiris
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara:

  1. Campurkan semua bahan perapan bersama ayam dan gaulkan hingga sebati. Masukkan ke dalam beg plastik makanan dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
  2. Panaskan grill pan dan letakkan ayam di atasnya. Biarkan ayam masak sepenuhnya atau boleh juga dibakar dalam oven pada suhu 180°C selama 30 minit atau sehingga masak.
  3. Sementara itu, panaskan kuali dan tumiskan bawang putih serta cili hijau hingga wangi.
  4. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk paprika, garam masala, gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
  5. Kemudian, masukkan sos tomato dan kacau hingga sebati. Biarkan selama 15 minit dengan api sederhana.
  6. Masukkan whipping cream dan gaul rata. Masak hingga kuah menjadi pekat (bergantung kepada selera, jika ingin kuah lebih pekat atau sedikit cair).
  7. Setelah itu, masukkan ayam yang telah dimasak dan kacau sebati. Biarkan selama 5 minit.
  8. Taburkan sedikit daun ketumbar dan hidangkan bersama nasi putih, roti naan atau pita bread.

Sumber: Zeeda Hasain, Noreen Homecooking

Baca juga: Padu Betul Resipi Kari Ayam India Style Ni, Orang Sebelah Cuit Pun Tak Sedar!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago