Categories: Resipi

Cara Buat Lengkong Kenduri Dulu-Dulu, Lembut Dan Cantik Berkilat Hasilnya

Masih ingat pergi kenduri ketika masih kecil, nampak saja Lengkong pasti terus masuk dalam mulut. Di sebalik kesedapannya, ada resipi yang mudah untuk anda cuba buat di rumah.

Jika ditanya tentang Lengkong, sebenarnya ia merupakan nama panggilan lain bagi agar-agar dan hanya orang lama saja yang tahu tentangnya.

Sejak dari dulu lagi, Lengkong telah menjadi menu yang wajib ada di majlis kenduri-kendara. Senang cerita, tak lengkap sesuatu majlis kenduri itu jika tiada pencuci mulut ini.

Bagi mengembalikan nostalgia, kami nak ajak anda cuba buat Lengkong seperti di kenduri mengikut resipi yang dikongsikan oleh Jamiah Tulisman di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Agar Agar Bandung Dengan 5 Bahan, Makan Sejuk-Sejuk Terus Kata Nikmat Dunia

RESIPI LENGKONG KENDURI

Bahan bahan:

  • 20 gram agar agar tali (saya guna agar agar tali sebab nak dapatkan rasa lengkong dulu-dulu)
  • 1¾ cawan gula
  • 1450gm air
  • 10 gram gula batu (nak elakkan lengkong cepat berair dan biar hasilnya berkilat nanti. Jika tak nak, boleh skip)
  • 4 sudu besar sirap ros
  • Sedikit pewarna merah
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masak agar agar tali sehingga betul-betul larut dan hancur.

2. Kemudian, masukkan gula pasir dan gula batu serta daun pandan.

3. Seterusnya, masak sehingga gula hancur dan mendidih.

4. Selepas itu, barulah masukkan sirap dan pewarna.

5. Biarkan mendidih lagi dan tutup api (pastikan mendidih betul-betul sebab nak elak lengkong cepat berair)

6. Akhir sekali, tuang dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk. Siap untuk dinikmati!

Jika nak hasil berwarna hijau, anda hanya perlu tukar bahan sirap ros dan pewarna merah kepada air pandan dan pewarna hijau saja.

Resepi Lengkong ini dapat hasil yang lembut dan agak manis. Jika lebih suka yang kurang manis, boleh kurangkan sukatan gula. Selain itu, kurangkan sukatan air sebanyak 50gm jika suka hasilnya lebih kenyal.

Selamat mencuba!

Sumber: Jamiah Tulisman

Baca juga: Resepi Agar-Agar Kering Guna 5 Bahan, Hasil Cantik Dan Tahan Lama

Aimi

Recent Posts

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

37 minutes ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

45 minutes ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

4 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago