Baru-baru ini, tular rakaman di laman TikTok apabila kelibat seorang lelaki OKU sedang menebar roti canai dengan hanya menggunakan sebelah tangan dan tunjukkan ‘skill’ terbangkan roti.
Rakaman video yang tular tersebut meraih perhatian netizen sehingga ramai kagum dengan kemahiran yang dimiliki oleh jejaka kurang upaya ini.
Menerusi video oleh @amyliarahman di TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Abang Ujang menebar roti canai dengan hanya menggunakan sebelah tangan.
Bukan itu sahaja, dia yang kehilangan sebelah tangannya turut menunjukkan skill dan tricks menerbangkan roti canai ke udara!
Meskipun keadaan fizikalnya begitu, dia cekap menangkap semula roti canai yang terbang. Yang lebih menakjubkan, jari jemarinya lentik menguli tepung roti.
@amyliarahman Kagum betol tengok abang ni tebar dan terbangkan roti canai, smooth 🤩
Ini kerana, setiap manusia pasti diberi ujian hidup dengan pelbagai cabaran. Dengan kekurangan yang ada itulah kekuatan lahir untuk diberikan kelebihan kepada diri kita sendiri.
Sebagai contoh, ramai golongan kelainan upaya tetap mencari rezeki, berdaya saing dengan mereka yang sempurna tubuh badan.
Susulan tularnya video berkenaan, kini jumlah tontonannya telah berjaya mencecah sehingga 73.6 ribu serta meraih sebanyak 3931 tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tinjauan MyResipi di ruangan komen, rata-ratanya kagum dengan kelebihan yang dikurniakan oleh Tuhan kepada Abang Ujang.
Tambah netizen, mereka yang cukup sifat pun belum tentu mampu melakukan perkara yang sama seperti penebar roti canai berkenaan.
Memang smart woo siap freestyle lagi Abang Ujang tebar roti canai. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan selamat maju jaya!
Baca juga: [VIDEO] ‘Order’ Pulut Kuning Hiasan Angsa Untuk Kenduri Kahwin, Bila Sampai…
Menyediakan hidangan harian boleh menjadi cabaran, terutamanya bagi yang sibuk bekerja. Salah satu cara mudah…
Blender atau pengisar makanan adalah alat dapur yang sangat berguna dan hampir semua rumah memiliki alat…
Sementara menanti bulan Ramadan yang bakal tiba, banyak persediaan perlu dibuat terutamanya untuk memasak. Oleh…
Ayam berempah resepi di bawah ini sangat mudah untuk disediakan. Bukan itu saja, bahan-bahan yang…
Apabila dapat tahu ada resepi Roti Paratha Sosej Cheese yang mudah dibuat dengan air fryer,…
Perkongsian resepi daging burger masak sos oleh Puan Hawa Mohd Amin ini salah satu menu…