lelaki kongsi idea lauk

Mari ikuti tip dari lelaki yang kongsi idea lauk untuk menu seminggu. Boleh dapat 10 lauk terus menerusi perkongsian beliau. Nak masak selalunya sekejap saja, yang jadi lama adalah nak siapkan bahan-bahan untuk memasak. 

Senang dan jimat masa terutama bagi anda yang bekerjaya dan mempunyai anak. Ini cara bijak untuk cepatkan kerja memasak yang dikongsi oleh Encik Nizal Mikail ini.

Baca juga: Idea Menu Sebulan Bajet RM403 Untuk Bujang, Wanita Ini Kongsi Pengiraan

Jadi, rutinnya setiap minggu harus menyiapkan bahan mentah atau lauk ikut portion dan menu. Katanya cara ini bukan saja cepat tapi memudahkan kerja di dapur. Bila nak masak terus masukkan semua bahan yang dah siap dalam periuk.


LELAKI KONGSI IDEA LAUK UNTUK SEMINGGU

Sediakan siap-siap bahan mentah. Mana ikan, mana udang, mana kucing. Bahaya tinggai lama-lama atas meja.

lelaki kongsi idea lauk

Bahan Basah :

Ikan pelata 4 ekor RM12.00
Udang RM10
Ikan kayu RM8
Ayam Sekor RM16.00

Jumlah Keseluruhan: RM46.00 (Info: Elakkan menu seperti ikan keli, sayur tumis dan bihun, kuetiau)

lelaki kongsi idea lauk

Bahan mentah pastikan masuk siap-siap dalam bekas. Kita takut bekas tak muat nanti bila siap masak. Kalau tak buat nanti ada yang tertukar lauk.

Pastikan nak masak seminggu kena ulang lauk tapi kuah yang sama, baru jadi jimat. Bahan-bahan lain anggaran RM50.00

Goreng mana yang patut goreng. Baru tahan lama sedikit.

Kuah masak lemak ini kalau boleh tukar saja lauk. Contoh udang masak lemak, ayam masak lemak dan ikan masak lemak, baru jimat kuah! Ini cara kedai nasi campur buat nak bagi lauk nampak banyak.

Kuah bekas lauk tadi untuk sukatan kuah. Pastikan letak separuh sebab separuh lagi untuk isi lauk.

Siap dah lauk 10 benua! Ikut hati nak saja ratah sedikit sebelum sejukbekukan. Tapi tak boleh nanti cepat basi. 

Bila dah sejuk boleh lah susun semua lauk. 

Bekukan terus. Jangan tunggu lama-lama! Nak makan, boleh terus microwavekan. Cuma jangan bekukan balik lauk yang tak habis. Pastikan habiskan juga.


Semoga idea ini bermanfaat.

Baca juga: 7 Idea MASAKAN Syamimia Yang Boleh Cuba, Memang ‘Healing’ Layan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN