ayam goreng sos pedas

Siapa je tak suka makan ayam goreng kan? Buat peminat masakan pedas, wajib cuba resipi ayam goreng sos pedas ini.

Kalau nak sosnya menjadi lebih sedap, perlu masukkan sedikit Kordial Rut B jenama F&N. Memang mantap hasilnya nanti!

Kordial ini bukan saja boleh digunakan untuk membancuh air, malah boleh digunakan dalam masakan seperti resipi ini.

Jika anda tertanya-tanya apa rasa ayam goreng ini, jom kita sama-sama cuba buat di rumah. Selamat mencuba!

Baca juga: Nampak Pelik Tapi Sedap, Jom Cuba Resipi Ikan Kukus Guna Aiskrim Soda!

RESIPI AYAM GORENG SOS PEDAS

Bahan-bahan perapan ayam:

  • 4 ketul ayam bahagian wunggete
  • 4 ketul ayam bahagian drumette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan-bahan adunan:

  • 70g tepung
  • 30g tepung beras
  • 180g air

Bahan-bahan sos:

  • 100g Kordial Rut B F&N
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • 5g halia – dicincang
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil jus lemon
  • Bijan  putih secukupnya

Cara-cara buat ayam goreng sos pedas:

1. Perapkan ayam dengan garam dan serbuk lada hitam selama 30 minit

2. Campurkan bahan-bahan untuk adunan ke dalam mangkuk, kacau sampai tiada berketul.

3. Salut ayam dengan adunan. Goreng sehingga perang keemasan. Ketepikan.

4. Untuk membuat sos, masukkan bahan-bahan sos dalam kuali, panaskan dengan api sederhana. Masak selama 3 hingga 5 minit sehingga sos pekat.

5. Masukkan ayam goreng ke dalam sos, gaul rata. Taburkan bijan putih di atasnya. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Baca juga: Puding Oren Karamel Saiz Cawan, Guna Kordial F&N Je, Memang Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN