Kalau ada lebihan nasi, jangan dibuang! Sebab boleh buat apam nasi yang lembut untuk sarapan atau minum petang.
Kebiasaan orang makan apam nasi cicah dengan kelapa parut yang dicampur dengan garam. Sedapnya! Jom cuba buat nanti, ikut je resipi di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Badak Berendam, Kuih Legend Orang Pantai Timur Yang Lemak Manis!
1. Kisar nasi bersama 1 cawan air terlebih dahulu supaya nasi hancur halus. Kemudian baru tambahkan ½ cawan air dan kisar sekali lagi.
2. Tuang bahan kisar ke dalam belas tepung-tepung, gula dan mauripan. Gaul sebati.
3. Perap selama ½ jam atau sehingga naik. Kacau semua adunan. Masukkan pewarna yang disukai.
4. Tuang 3/4 atau penuh acuan kecil yang sudah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 15 hingga 20 minit. Siap!
6. Boleh dimakan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan secubit garam. (kelapa dikukus dahulu)
Kredit: Zura Zul
Baca juga: Resipi Kuih Sagu Merah Paling Senang, Tak Perlu Masak Dulu Baru Kukus
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…