laksa terengganu kuah merah

Kalau dah puas makan nasi waktu raya, jangan lepaskan peluang untuk cuba laksa terengganu kuah merah yang meletup rasanya! Kuah merah pekat, wangi rempah dan manis santan dari ikan selayang segar buat hidangan ini jadi kegemaran keluarga selepas raya.

Resipi ini mudah diikuti dan sesuai untuk hidangan ramai. Tambahkan ulam-ulaman segar dan sos cili limau nipis, pasti rasa laksa lebih segar dan pedas molek, sesuai untuk semua peringkat umur.

Baca juga: Laksa Lemak Kedah Pekat Kaw Kaw, Sekali Makan Terus Jatuh Cinta & Lupa Nasi!

RESIPI LAKSA TERENGGANU KUAH MERAH

laksa terengganu kuah merah

Bahan-bahan:

  • 3 kg laksa beras
  • 1 kg ikan selayang segar (direbus, ambil isi, air rebusan untuk kuah)
  • 1 biji bawang besar, 10 biji bawang merah, 1 inci halia, 2 inci lengkuas, ½ inci kunyit (kisar halus)
  • 5 senduk kecil cili boh
  • 2 biji kelapa (perah untuk santan)
  • 1 keping gula melaka
  • 3 sudu besar kerisik
  • 4 sekawan rempah untuk tumisan
  • Rempah Cap Bunga Rose: 5 sb rempah gulai, 1 ½ sb rempah masak
  • 5 keping asam keping, garam, gula, perasa secukup rasa
  • Ikan kering digoreng dan dikisar (pilihan)

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan hingga wangi.

2. Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak.

3. Tambahkan bahan kisar halus, tumis hingga pecah minyak.

4. Masukkan rempah Cap Bunga Rose, kacau rata.

5. Tuang air rebusan ikan selayang, biar mendidih perlahan.

6. Masukkan santan, kacau perlahan hingga pecah minyak.

7. Tambah isi ikan, kacau rata.

8. Masukkan gula melaka, asam keping, ikan kering, kelapa kisar dan kerisik.

9. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.

10. Biarkan kuah mereneh sekurang-kurangnya 1 jam supaya warna merah cantik dan rasa pekat.

Tip: Jangan cepatkan proses menumis dan mereneh. Ini buat kuah lebih wangi, pekat dan merah menarik mata.

Ulam-Ulaman Segar

Untuk lengkapkan hidangan, sediakan:

  • Kacang panjang, taugeh, daun kesom, bunga kantan, daun kemangi, timun batang (hiris halus)
  • Sos pelengkap: cili boh atau cili hidup dikisar, belacan, limau nipis

Cara-cara menghidang:

1. Rebus laksa sehingga lembut, tos dan susun dalam mangkuk.

2. Tuang kuah laksa terengganu kuah merah panas ke atas laksa.

3. Taburkan ulam-ulaman segar di atasnya.

4. Hidangkan bersama sos cili dan limau nipis.

Tips Extra:

  • Gunakan ikan selayang segar untuk kuah manis dan tak hanyir.
  • Tumis cili boh hingga pecah minyak supaya warna merah lebih menarik.
  • Biarkan kuah merenih perlahan, rasa lebih kaw.

Resipi laksa terengganu kuah merah ni memang wajib cuba selepas raya. Kuah pekat, rasa ikan selayang segar, santan dan ulam segar menjadikannya sajian yang menggoda selera semua peringkat umur. Buat sendiri di rumah, pasti jadi pujaan tetamu!

Selamat mencuba!

Sumber: Muliadi Ramli

Baca juga: Resepi Laksa Terengganu Legend Kuah Putih, Juadah Yang Dirindui Orang Pantai Timur!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN