resepi kuah laksa kedah

Jika anda peminat laksa, wajib cuba resepi kuah laksa Kedah yang dijamin pekat, berlemak dan wangi semerbak ini.

Laksa Kedah terkenal dengan rasa asli ikan yang segar serta aroma daun kesum dan bunga kantan yang benar-benar menggoda selera.

Kalau ingin belajar cara membuatnya, jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui bahan-bahan yang diperlukan dan langkah-langkah penyediaannya.

Baca juga: Resepi Laksa Siam Versi Kuah Pekat, Rasa Segar Berlemak Yang Luar Biasa!

RESEPI KUAH LAKSA KEDAH YANG PEKAT LIKAT, BERLEMAK DAN HARUM

resepi kuah laksa kedah

Bahan penting:

  • Laksa: Rebus sehingga lembut. (Lebih baik direndam terlebih dahulu supaya cepat masak).

Bahan utama kuah laksa:

  • 1 ½ kg ikan kembung/temenung
  • Seekor ikan kayu (saiz sederhana besar).

Bahan kisar kuah laksa:

  • 6–7 biji bawang merah *
  • 2 senduk cili kisar (boleh kurang atau tambah mengikut kepedasan) *
  • Belacan sebesar ibu jari kaki atau 1 sudu besar *
  • 25 keping asam keping
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Garam

Cara-cara:

  1. Rebus ikan temenung dan ikan kayu dengan air secukupnya sehingga tenggelam. Masukkan 10 keping asam keping. Masak sehingga mendidih, kemudian tutup api.
  2. Asingkan air dan ikan. Setelah sejuk, asingkan isi ikan dari tulang.
  3. Kisar isi ikan bersama air rebusan. Selesai kisar isi ikan, kisar tulang ikan bersama air rebusan sehingga hancur.
  4. Tapis dan ambil airnya sahaja. Ketepikan.
  5. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam blender dan kisar sehingga lumat.
  6. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan sedikit garing.
  7. Masukkan isi ikan yang telah dikisar dan air tulang ikan yang telah ditapis. Tambahkan baki air rebusan ikan bersama asam keping. (Boleh tambah air lagi mengikut kepekatan yang dikehendaki.) Biarkan mendidih dengan api sederhana.
  8. Setelah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan (batang bunga kantan juga boleh dimasukkan, ketuk sedikit seperti ketuk serai). Masukkan garam. Biarkan kuah mendidih.

Hasilnya, kuah laksa pekat, berlemak, wangi dan sangat sedap untuk dinikmati bersama laksa yang sudah direbus.

Tips Penting Dalam Penyediaan Kuah Laksa Yang Pekat & Sedap

  • Ikan: Gunakan dua jenis ikan berbeza untuk kuah yang lebih pekat. Pastikan ikan yang direbus tidak terlalu lama supaya manisnya daripada ikan tidak hilang. Pilih ikan yang segar untuk rasa terbaik.
  • Bawang Merah: Gunakan bawang merah berwarna pink atau ungu (purple). Jangan gunakan bawang holland kerana rasanya berbeza. Pilih bawang merah bersaiz sederhana besar. Kuantiti yang banyak menjadikan kuah lebih sedap dan pekat.
  • Belacan: Belacan wajib dimasukkan untuk menambahkan rasa kuah. Pilih belacan yang wangi dan sedap. Kuantiti belacan perlu seimbang, tidak banyak dan tidak terlalu sedikit.
  • Daun Kesum: Daun kesum wajib ada untuk kuah laksa. Rasa unik menjadikan kuah lebih sedap dan harum.
  • Bunga Kantan: Bunga kantan juga penting untuk menambah aroma dan rasa pada kuah. Laksa tidak lengkap tanpa bunga kantan.
  • Asam Keping: Asam keping adalah bahan wajib dalam kuah laksa. Rasa masamnya menaikkan cita rasa kuah. Semakin banyak asam keping, semakin sedap kuah laksa.

Sumber: Nur Fatihah

Baca juga: Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Rahsia Kuah Cantik & Berlemak Cukup Rasa

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN