laksa sarawak

Terbaik lah! Baru-baru ini ini min dapat tahu yang Laksa Sarawak telah mengalahkan Sushi dalam Ranking Makanan Tradisional di Asia.

Untuk pengetahuan semua, setiap negara di Asia mempunyai pelbagai makanan tradisi untuk dijadikan sebagai identiti termasuklah Malaysia.

Baca juga: Ini Rahsia Buat Laksa Sarawak Yang Sedap, Semerbak Bau Satu Rumah!

Jadi, setiap negara juga pastinya mempunyai makanan khas untuk gambaran tersebut kerana kebanyakan hidangan mempunyai maksud dan budayanya sendiri menggunakan bahan-bahan tempatan.

Laksa Sarawak Dalam Ranking Teratas

Menerusi tinjauan min dalam Instagram @thetasteatlas, mereka telah membuat satu posting tentang penilaian kepada makanan asia yang terbaik berdasarkan kajian maklum balas di kalangan umum.

Posting yang berbentuk grafik tersebut telah menunjukkan senarai makanan tradisional asia yang mendapat rating terbaik.

Macam menarik min tengok.

Ini adalah rating untuk setiap makanan yang telah dinilai berdasarkan infografik tersebut, makanan lokal Laksa Sarawak keluar di kedudukan teratas dengan penilaian dicatat 4.8 daripada maksimum 5, dan diikuti dengan makanan dari Iran iaitu Tahchin (4.7) dan makanan dari Jepun iaitu Nabemono (4.6) duduk di barisan “Terbaik” di Asia.

Peringkat berikutnya, adalah makanan dari China iaitu Jiaozi (4.4), Jepun iaitu Sushi (4.3) dan Roti dari India (4.2) duduk di tangga kedua terbaik. Peringkat yang ketiga, makanan dari Lebanon iaitu Ma’moul (3.9), Mochi dari Jepun (3.9) dan Spring Rolls dari China (3.8) yang dilabel sebagai tahap ‘OK’.

Manakala makanan yang dilabel sebagai ‘paling teruk’ ialah makanan dari India iaitu Baingan Bharta (2.4), Zenzai dari Jepun (2.4) dan Balut dari Filipina (2.7).

Ramai yang kecam infografik ranking makanan tersebut

Kita dapat lihat bahawa bagaimana senarai makanan budaya antarabangsa ini dikelaskan dalam berperingkat seperti dilabelkan sebagai yang ‘Terbaik’ dan ‘Paling Teruk’ boleh mengundang provokasi kepada umum.

Di laman Instagram @thetasteatlas, kelihatan ramai yang kecewa dengan penilaian tersebut. Majoriti yang menyatakan bahawa pihak yang menjawab maklum balas ini tidak menghargai makanan-makanan budaya mereka.



Walaupun dapat banyak kecaman dari netizen, tapi korang jangan teruja sangat sebab kedudukan ranking makanan setiap negara ini akan berubah setiap hari berdasarkan maklumbalas yang mereka terima.


Amacam? korang rasa makanan tradisional Malaysia mana pula yang paling sedap di tekak korang?

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN