kulit popia

Kulit popia bila simpan lama dalam peti sejuk atau terdedah dengan udara, memang akan kering dan keras. Bila nak asig kepingan akan jadi koyak.

Sayang pula nak dibuang lebih-lebih lagi bila kulit popia masih banyak lagi.

Artikel berkaitan: Resipi Kulit Popia Basah Untuk Niaga, Perap Semalaman Tekstur Jadi Lebih Cantik & Licin!

Jom ikuti petua dari perkongsiaan Bee Keng ini. Boleh lembutkan kembali kulit popia macam baru dan elak dari membuang sia-sia.

Cara Lembutkan Kulit Popia

  • Kuali / periuk kukusan
  • Kain bersih
  • Kulit popia yang keras

Cara-cara:

1. Dalam kuali atau periuk kukusan, lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap. (empunya petua masak dulu kain bersih untuk pastikan ia tiada kuman)


**Kain lembap bukan basah tau, maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung.

2. Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.


3. Pastikan air tidak terlalu banyak atau paras air jangan terlalu dekat dengan dulang pengukus, kalau tidak semasa air mendidih, ia akan membuatkan kulit popia jadi basah.

4. Stim @ kukus kulit popia tadi selama 10-15 minit.


5. Buka penutup periuk kukusan dan pastikan kulit popia betul-betul lembut. Jika masih belum lembut, stim kan lagi.

Tip tambahan:

  • Semasa mahu diangkat, alihkan kulit popia tersebut sekali dengan kain atas dan bawah ke dalam pinggan. Ia akan mengekalkan kelembapan sehingga kulit popia habis dimakan atau digunakan.
  • Namun ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga berseharian, sebab kain lembap boleh menyebabkan kulit popia tersebut basi.
  • Kalau tak habis dinasihatkan disimpan terus ke dalam peti sejuk dan masa mahu makan baru dikukus lagi.
  • Sebenarnya, cara penyimpanan juga memainkan peranan yang penting untuk pengelakkan kulit popia menjadi kering dan keras. Untuk mengelakkan kulit popia keras, selepas dibuka dan disimpan balik dalam peti sejuk beku (freezer), pastikan mulut pembukaan plastik kulit popia dilekat dengan tape sehingga kedap udara (saya guna tape yang lebar).
  • Namun kadang-kadang kalau disimpan terlalu lama ia akan hilang kelembapan, kering dan keras juga. Tetapi ia tidak seteruk yang plastiknya dibiarkan terbuka dan terus masuk freezer, yang ini bukan sahaja kering malah kulitnya pun turut pecah dan merekah.



Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN