Categories: Informasi

Resipi Talam Ubi Kanda, Bukan Saja Sedap Dimakan Tapi Cantik Dipandang!

Kuih talam ubi kanda ialah kuih tradisional yang masih digemari hingga ke hari ini. Teksturnya lembut, kenyal sedikit dan berlemak daripada santan, memang sesuai dinikmati sebagai pencuci mulut atau hidangan minum petang.

Dengan lapisan warna yang cantik aroma harum, kuih ini bukan sahaja sedap dimakan, malah sedap dipandang. Sesuai untuk dihidangkan pada majlis kenduri, rumah terbuka atau tetamu istimewa yang datang ke rumah.

Ikuti langkah lengkap di bawah untuk menghasilkan talam ubi kanda yang lembut, berkanji elok dan bersalut kelapa parut masin yang seimbang rasanya. Hasilnya juga cantik berlapis dan tidak mudah hancur bila dipotong.

Baca juga: Kuih Talam Seri Muka Pandan, Resipi Dijamin ‘Anti-Gagal’ & Lembut Elok!

RESEPI KUIH TALAM UBI KANDA

Bahan-bahan:

  • 3 cawan ubi kayu disagat
  • 3 cawan santan
  • (atau 2 cawan santan kotak + 1 cawan air)
  • 1 cawan gula
  • Sedikit garam
  • Pewarna hijau
  • Pewarna kuning
  • Sedikit sirap ros (untuk warna merah dan bau wangi)

Nota: Perah air ubi kayu dan biarkan seketika supaya kanji mendap. Ambil kanji tersebut dan gaulkan semula dengan ubi sagat. Jika tidak mendapat kanji, boleh tambah 1 sudu besar tepung ubi kayu.

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan periuk kukusan terlebih dahulu hingga air mendidih.
  2. Sapu loyang bulat 7 inci dengan sedikit minyak dan lapik plastik supaya mudah mengeluarkan kuih selepas masak. Ketepikan.
  3. Masukkan ubi sagat, santan, gula dan sedikit garam ke dalam mangkuk besar.
  4. Gaul semua bahan hingga sebati dan tidak berketul.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak.
  6. Masukkan pewarna hijau pada bahagian pertama, pewarna kuning pada bahagian kedua dan sirap ros pada bahagian ketiga. Gaul setiap adunan hingga sebati.
  7. Tuang adunan hijau ke dalam loyang. Kukus selama 15 minit sehingga warna menjadi lebih terang dan permukaan adunan kelihatan berkilat serta berkanji.
  8. Seterusnya, tuang adunan kuning dan kukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak.
  9. Akhir sekali, tuang adunan merah dan kukus selama 30 minit hingga betul-betul masak. Tutup api.
  10. Angkat loyang dan biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
  11. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam dan kukus sekejap.
  12. Apabila kuih telah sejuk, potong mengikut saiz yang diingini dan gaulkan dengan kelapa parut.
  13. Talam ubi kanda siap untuk dihidangkan.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Resipi Kuih Nagasari Versi Talam Yang Lemak-Lemak Manis, Lembut & Kenyal!

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

7 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

7 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

9 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

10 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

10 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

10 hours ago