kuih pulut bangkok

Bagi orang Pantai Timur, sudah pasti pernah dengar atau makan Kuih Pulut bangkok, kan? Atau nama lainnya dipanggil pulut pisang.

Ada yang kata kuih ini berasal dari Selatan Thai dan ada juga yang kata ia berasal dari Kelantan. Walaubagaimanapun, Kuih Pulut Bangkok ini jarang dijumpai kecuali jika kita ke negeri Kelantan. 

Baca juga: Pulut Dakap Pisang Macam Orang Lama, Kuih Warisan Melayu Pantai Timur

Kalau nak tahu, ada yang mengatakan rasa pulut bangkok ini sama seperti sira pisang dan sangat sedap dinikmati di waktu makan petang.

Menerusi perkongsian Cik Puan Princess Haliza Azani, jom kita cuba buat resipi ini, ia mudah saja asalkan anda ikut langkah-langkah yang telah disediakan.


RESIPI KUIH PULUT BANGKOK

kuih pulut bangkok

Bahan-bahan: 

  • 1/2 kilo beras pulut
  • 6-7 biji pisang nangka
  • 1 pek santan cair atau santan kotak 
  • Kelapa muda – parut
  • 1 cawan gula
  • Secubit garam
  • Plastik atau daun pisang – untuk balutan
  • Pewarna makanan warna hijau

Bahan kuah santan:

  • Santan
  • Gula
  • Tepung jagung
  • Air

Cara-cara penyediaan:

1. Pulut cuci dan rendam. Kemudian, bubuh pewarna hijau dan biarkan ia kira-kira 1 atau 2 jam.

2. Selepas beras dah direndam, dah boleh mula untuk mengukus menjadi pulut. Letak santan cair dan biar nampak tenggelam pulut, baru letak secubit garam. Kukus sampai masak.

3. Pisang kukus sekejap bagi ia separuh masak.

4. Bila pulut hampir sejuk. mula lah proses membalut dan membungkus. 

5. Selepas siap membalut, kukus semula untuk memantapkn pulut. Biar sejuk boleh dipotong.

6. Gula dimasak dengan hanya sedikit air dan campur dengan secubit garam.

7. Bila gula hancur, angkat dan gaulkan dengan kelapa parut. Gaulkan kelapa parut dgn pulut pisang yang dipotong tadi.

8. Sedia untuk dihidang.

kuih pulut bangkok


Selamat mencuba resipi Kuih Pulut Bangkok ini.

Baca juga: Kuih Angku Versi Halal (Kuih Tradisional Cina) Lain Warna Lain Intinya, Tapi Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN