Nikmatnya petang-petang ini kalau makan Kuih Lepat Liat dengan secawan teh. Mudah saja nak buat ikut resipi sukatan cawan yang dikongsikan oleh Mas Cotek ini.
Kalau beli agak susah juga nak dapat kuih yang rasanya memuaskan hati. Di kampung-kampung agak mudah untuk ‘jumpa’ kuih yang sedap sebab ramai orang-orang lama suka kuih ini.
Baca juga: Kuih Lompang Labu Kuning Sukatan Cawan, Lembut Bergedik Dibuatnya
Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Bila buat sendiri, boleh dapat banyak. Makan pun puas. Siap boleh makan berulang-ulang.
Bahan A:
Bahan B:
Cara-cara memasak:
1. Satukan bahan A dan masak atas api. Tak perlu hingga mendidih. Cukup masak hingga gula larut dan tidak berketul.
2. Angkat dan tapis bahan-bahan yang dimasak tadi. Sejukkan.
3. Kemudian tuang campuran tadi ke dalam bekas berisi tepung pulut sedikit demi sedikit.
4. Uli dan adun hingga menjadi sebati. Pastikan doh jadi lembut dan tidak keras.
5. Sediakan daun pisang dan sapu sedikit minyak di permukaannya.
6. Ambil 2 sudu makan adunan, letak atas daun pisang yang telah disapu minyak tadi. Leperkan.
7. Kemudian letakkan inti kelapa dengan secukupnya. Jika tidak mahu inti, boleh abaikan penggunaannya.
8. Bungkus kuih dengan kemas dan susun dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak. (empunya resipi kukus selama 40 minit menggunakan api perlahan)
9. Bila dah masak, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba.
Sumber: Mas Cotek
Baca juga: Kuih Kuba Guling Cara SIMPLE, Antara Kuih Tradisional Kelantan Yang Popular
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…