
Kuih dadar atau ada yang memanggilnya kuih ketayap ialah kuih tradisional yang terkenal dengan kulit pandan hijau lembut, struktur berpori, serta inti kelapa manis beraroma gula melaka.
Ringkas tetapi sangat memikat, sebab itu kuih dadar sering jadi pilihan untuk kudapan keluarga sewaktu sarapan atau minum petang di rumah.
Kalau anda sedang mencari cara mendapatkan kulit kuih dadar yang nipis, lembut dan berpori cantik, resipi Nor Afidah ini antara yang paling mudah diikuti. Bahan tidak rumit, teknik pun simple, cuma perlu kawal suhu kuali.
Baca juga: Cara Buat Kuih Dodol Kukus Lembut & Kenyal Dalam 30 Minit, Tak Perlu Kacau Lama!
RESIPI KUIH DADAR PALING MENJADI

Bahan-bahan kulit:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 700 ml jus daun pandan
- 1 biji telur
- 2 sudu makan air kapur jernih
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil garam
- ½ cawan santan pekat
- Pewarna hijau epal + sedikit pewarna kuning
- Sedikit emulco pandan (pilihan untuk aroma tambahan)
Bahan-bahan inti kelapa:
- Kelapa parut
- Gula melaka/gula merah
- Gula pasir
- Daun pandan
- Sedikit air
Cara-cara penyediaan:
1. Satukan tepung, telur, santan, minyak dan garam dalam mangkuk besar.
2. Tuang jus pandan perlahan-lahan sambil kacau dengan whisk sehingga sebati.
3. Tapis adunan supaya teksturnya lebih halus.
4. Tambah emulco pandan dan sedikit pewarna jika mahu warna lebih menarik.
5. Panaskan kuali non-stick dan sapu minyak senipis mungkin.
6. Tuang satu senduk kecil adunan, kemudian goyangkan kuali bagi meratakan kulit menjadi nipis.
7. Bila permukaan kering, angkat dan biarkan sejuk sedikit.
8. Letakkan inti kelapa, kemudian gulung seperti popia.
Tip Kulit Kuih Dadar Berpori & Cantik
- Kuali mesti betul-betul panas sebelum tuang adunan.
- Sapu minyak nipis saja, ini bantu naikkan pori.
- Adunan tidak boleh terlalu pekat.
- Tapis adunan untuk kulit halus dan sekata.
Kuih dadar memang klasik, tetapi tetap relevan dan digemari dari dulu sampai sekarang. Kalau anda suka resipi tradisional yang simple tetapi memuaskan, ini antara yang wajib cuba.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Afidah
Baca juga: Resepi Ketayap Polkadot, Campur Bahan ‘Ini’ Dapat Warna Pastel Menarik!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














