keria keledek oren

Siapa yang tak suka kuih keria, lebih-lebih lagi Keria Keledek Oren yang lembut bersalut gula melimpah. Sebenarnya, ada rahsia supaya hasilnya tak keras walaupun sudah sejuk.

Keledek oren mempunyai rasa yang lebih manis, teksturnya lebih halus dan memberikan warna yang cantik secara semula jadi. Oleh sebab itu, ramai yang suka guna untuk buat kuih.

Masalah yang biasa dihadapi adalah keria jadi keras, liat dan tak sedap untuk dimakan apabila sudah sejuk. Tapi jika anda ikut resipi oleh Nana Ereena di Facebook ini, tak perlu risau lagi.

Baca juga: Cara Buat Keria Lembut, Ada Tips Supaya Gula Melekat Lama Dan Tak Cair

RESIPI KERIA KELEDEK OREN

keria keledek oren

Bahan-bahan untuk kuih keria:

  • 1kg keledek oren
  • 1 cawan tepung gandum (anggaran, tambah jika kurang)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu minyak masak (guna sewaktu nak bentukkan keria)
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk sira gula:

  • 1½ senduk gula pasir
  • 1 senduk besar air

Cara-cara membuat kuih keria:

1. Mula-mula, buang kulit keledek dan potong dalam saiz kecil.

2. Selepas itu, rebus keledek dengan garam sampai empuk.

3. Apabila sudah empuk, angkat dan toskan airnya, kemudian terus lecek keledek sampai lumat ketika keledek masih panas.

4. Biarkan suam terlebih dahulu, baru letakkan tepung sedikit demi sedikit sampai agak-agak kuih dapat dibentuk jadi gegelang kecil dan tak terlalu seroi.

keria keledek oren

Tips penting sewaktu bentukkan gegelang kuih keria:

  • Gunakan minyak supaya bentuk gegelang jadi cantik dan kuih tak keras.
  • Elakkan guna tepung sewaktu nak bentukkan sebab nanti keria akan jadi keras.

5. Goreng kuih keria dalam minyak yang sederhana panas sampai kuning keemasan, kemudian angkat dan toskan.

6. Akhir sekali, biarkan suam terlebih dahulu sebelum disira dengan gula.

Cara-cara membuat sira gula:

1. Mula-mula, masak gula pasir dan air dengan api sederhana sampai berbuih.

2. Setelah berbuih, perlahankan api dan masukkan kuih keria tadi.

3. Kemudian, kacau rata sampai gula melekat pada seluruh kuih.

4. Akhir sekali, tutup api setelah gula tersalut pada kesemua kuih keria. Siap!

Dengan teknik dan tips yang betul, Keria Keledek Oren anda bukan saja akan kekal lembut sampai ke petang, malah akan jadi rebutan semua orang.

Selamat mencuba!

Sumber: Nana Ereena

Baca juga: Resepi Kuih Keria Keledek Ungu, Tak Sangka Lebih Sedap Dan Lembut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN