Mak-mak yang suka buat kuih lama pasti pernah dengar tentang Kuih Cara Manis yang cukup popular di Malaysia dan sampai sekarang masih ada yang membuatnya.
Kuih cara merupakan sejenis kuih tradisi yang dibuat daripada tepung gandum yang digaul dengan tepung dan air daun pandan.
Terdapat dua jenis kuih cara iaitu Kuih Cara Manis yang berwarna hijau dan Kuih Cara Berlauk yang berwarna kuning.
Baca juga: Resepi Kuih Cara Berlauk, Inti Melimpah Ruah Begini Jadi Puas Makan!
Baru-baru ini kami terjumpa satu resipi Kuih Cara Manis dikongsikan oleh Zura Zul yang cukup menarik dengan versi jagung di Facebook. Jom cuba!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Blender dulu jagung dengan 1 cawan santan (jangan blender halus sangat), kemudian ketepikan dalam bekas lain. Masuk semua bahan yang lain dalam bekas dan gaul rata, kemudian tuang dalam blender halus.
2. Tuang dalam jag sederhana, kemudian campur dengan 1 cawan jagung yang blender tadi. Kacau sehingga sebati, panaskan acuan cara atas dapur gas, guna api dapur yang perlahan, kemudian sapu minyak.
3. Tuang adunan penuh dalam acuan, biarkan sekejap, kemudian baru letak sedikit gula dalam adunan dan tutup dengan penutup periuk. Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan pada bahagian tepi kuih, boleh angkat dan keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai.
4. Untuk tuang adunan seterusnya, mesti kacau dulu adunan dalam jag, kemudian baru tuang.
5. Ulang sehingga habis adunan. Siap untuk dinikmati!
Walaupun Kuih Cara Manis dikatakan kuih orang lama, namun kesedapannya sejak dulu pernah lapuk dek zaman.
Selamat mencuba!
Sumber: Zura Zul
Baca juga: Resepi Kuih Peneram Yang Lazat, Ada Tips Supaya Elok Kejadiannya
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…