Categories: Resipi

Cucur Udang Rangup & Kuah Kacang Padu, Resipi Style Utara Ini Wajib Cuba!

Resipi kuah kacang cucur udang gaya Utara ini memang wajib cuba. Cucur udangnya rangup di luar, lembut di dalam dan kuah kacangnya pula pekat, berlemak, serta cukup rasa pedas manis.

Kalau anda belum pernah cuba cucur udang dengan kuah kacang style Utara, inilah masanya. Sekali buat, pasti teringin nak ulang lagi. Jom tengok cara penyediaannya di bawah!

Baca juga: Resipi Cucur Sayur, Ikut Teknik Ini Barulah Hasilnya Rangup & Sedap Dimakan

RESEPI KUAH KACANG CUCUR UDANG STYLE UTARA

Bahan-bahan cucur udang:

  • 500g tepung gandum Cap Rose
  • 20 ekor udang bersaiz sederhana
  • 2 cawan tauge
  • 2 ikat kucai (dipotong pendek)
  • 2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 hingga 2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil garam

Bahan kuah kacang cucur udang:

  • 1 setengah cawan kacang tanah
  • 10 hingga 15 biji cili kering
  • 2 sudu besar serbuk cili (ikut tahap kepedasan dan warna)
  • 2 biji bawang besar
  • 1 sudu kecil belacan
  • Setengah sudu besar pes asam jawa (ikut tahap kemasaman yang diingini)
  • 1 keping gula melaka (boleh juga guna gula merah)
  • Sedikit gula putih
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka

Cara buat kuah kacang:

  1. Goreng bahan asas seperti kacang tanah, cili kering dan bawang besar hingga wangi dan masak.
  2. Kisar bahan goreng tadi bersama air secukupnya . Pilih untuk kisar halus atau kasar, ikut selera masing-masing.
  3. Tumis semula bahan kisar dalam minyak lebihan goreng tadi.
  4. Masukkan belacan dan asam jawa secukup rasa.
  5. Tuangkan air secukupnya.
  6. Tambah serbuk cili, gula melaka, garam dan sedikit gula putih.
  7. Kacau kuah dan reneh lama-lama dengan api perlahan hingga kuah pekat dan naik minyak.
  8. Perasakan secukupnya. Seimbangkan rasa manis, masam dan masin.
  9. Jika mahu kuah lebih padu, masak lagi keesokan pagi dan tambah sedikit gula merah untuk rasa lemak manis yang menyedapkan.

Cara buat cucur udang:

  1. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, baking powder, gula, garam, tauge, kucai dan bawang besar.
  2. Masukkan air sejuk dari peti ais sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga adunan jadi tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  3. Masukkan udang terakhir sekali, hanya masa nak goreng sahaja. Jangan campur semua awal-awal.
  4. Panaskan minyak secukupnya.
  5. Guna senduk nasi, ambil adunan dan tuang ke dalam kuali secara rata supaya cucur jadi nipis dan rangup.
  6. Goreng hingga keemasan dan garing di luar, tetapi lembut di dalam.
  7. Angkat dan toskan minyak. Potong atau gunting cucur jika mahu.
  8. Sedia untuk dihidang bersama kuah kacang.

Tips Tambahan:

  • Kalau kuah kacang nampak berminyak, cedok keluar minyak terlebih dahulu sebelum mencicah.
  • Tepung Cap Rose disyorkan kerana cucur kekal lembut walaupun selepas beberapa jam.
    Kuah kacang ini boleh disimpan dan dipanaskan semula. Makin lama, makin sedap!

Sumber: Resepi Eny Abdullah

Baca juga: Resipi Cucur Jejari Ketam Rangup, Sampai Malam Pun Masih Sedap & Tak Lembik!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago