sayur tauge

Kalau anda suka masak guna sayur tauge, mesti pernah alami situasi di mana setelah beli tauge segar di pasar, terlupa pula untuk simpan dalam peti sejuk. Bila baru teringat, tauge dah bertukar lebam dan hitam-hitam.

Tapi jangan terus buang dulu! Sebenarnya ada satu petua mudah yang boleh selamatkan tauge yang dah nampak rosak tu. Anda cuma perlukan bahan dapur yang memang selalu ada di rumah, iaitu asam keping.

Baca juga: Cara Simpan Kunyit Hidup Agar Tahan Lama & Tak Kecut, Berbulan Pun Masih Elok!

PETUA MUDAH SEGARKAN SAYUR TAUGE YANG LEBAM & HITAM

sayur tauge

Petua segarkan tauge yang hitam dan lebam:

  1. Ambil tauge yang dah lebam atau nampak kehitaman.
  2. Sediakan satu bekas berisi air bersih.
  3. Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam air tersebut (2 hingga 3 keping sudah mencukupi).
  4. Rendamkan tauge dalam campuran air dan asam keping itu selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.
  5. Perhatikan perubahan warna tauge dalam beberapa minit, ia akan kembali putih berseri dan segar.
  6. Toskan dan bolehlah dimasak seperti biasa.

Petua ini bukan saja jimatkan duit, tapi juga boleh elakkan pembaziran. Sayur yang kita sangka dah tak boleh digunakan sebenarnya masih boleh diselamatkan dengan teknik yang betul. Malah, hasilnya pun tetap rangup bila dimasak.

Jadi selepas ini, kalau tauge anda nampak ‘lemau’ atau hitam sikit, jangan panik. Cuba dulu petua ini. Barulah rasa berbaloi beli sayur tauge banyak-banyak bila tahu cara nak segarkan balik!

Sumber: Cahaya Ara Ixora

Baca juga: Petua Isi Kerang ‘Frozen’ Kembali Segar, Rasa Macam Baru Beli Dari Pasar!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN