kerabu asam mangga

Resipi kerabu asam mangga ini sangat sesuai untuk mereka yang alahan terhadap belacan, kerana ia langsung tidak menggunakan belacan mahupun ikan bilis.

Walaupun tanpa belacan, rasa kerabu ini tetap mantap. Gabungan rasa masam, manis, masin dan pedas memang cukup seimbang.

Sos ikan dan udang kering menaikkan rasa, ditambah pula dengan kacang goreng yang rangup serta mangga muda yang segar.

Lagi sedap kalau disimpan dalam peti ais sekejap sebelum makan. Sesuai sangat dijadikan pembuka selera, tak kira waktu makan tengah hari atau malam!

Baca juga: Resipi Kerabu Sotong Ini Buat Kecur Air Liur, Sekali Makan Pasti Akan Teringat-Ingat!

RESIPI KERABU ASAM MANGGA

kerabu asam mangga

Bahan-bahan:

  • 1 biji mangga muda (disagat atau dicincang halus)
  • 50g udang kering
  • 80g kacang tanah goreng
  • 2 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • Cili (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Sos ikan dan gula (ikut cita rasa)

Cara penyediaan:

  1. Sagat mangga dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan udang kering, kacang tanah goreng, cili, sos ikan dan gula ke dalam pengisar.
  3. Kisar kasar sahaja.
  4. Campurkan bahan kisar ke dalam mangkuk mangga tadi. Gaul hingga sebati.
  5. Taburkan hirisan bawang merah dan gaul sekali lagi.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Tip tambahan:

  • Untuk rasa lebih sedap, perap sekejap dan simpan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk memang padu!
  • Nak lebih rasa, boleh perah 1 biji limau nipis atau limau kasturi.
  • Tiada garam atau bahan perasa tambahan digunakan kerana sos ikan sudah cukup masin.
  • Sesuai untuk yang tidak makan belacan atau ikan bilis.

Sumber: Dewie Sha

Baca juga: Mama Neelofa Kongsi Resipi Kerabu Ikan Bilis Masam Manis, Sedapnya…!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN