kuah dhal

Kuah dhal sangat sedap jika dimakan dengan roti seperti roti canai, naan, atau capati. Makan dengan nasi putih pun lazat. Resipi ini tiada penggunaan santan dan juga ikan bilis.

Bahan yang digunakan juga cukup ringkas, cara memasak pun senang. Tetapi hasilnya mengalahkan dhal di kedai mamak. Orang yang baru belajar memasak pun boleh berjaya dengan sekali cuba.

Tidak percaya? Mari tengok resipinya di bawah.

Baca juga: Resipi Roti Canai Ini Lagi Lembut Lagi Kedai Mamak, Teramat Senang!

RESEPI KUAH DHAL ALA KEDAI MAMAK

kuah dhal

Bahan-bahan:

  • 2 cawan moong dhal (bukan dhal biasa yang orang selalu masak dalca itu, namanya toor dhal)
  • 1 biji tomato, dihiris

Cara-cara:

  1. Rebus bahan-bahan di atas sehingga moong dhal betul-betul lembut. Boleh guna pressure cooker jika ada. Bila sudah masak, tambah serbuk kunyit supaya warnanya lebih cantik.

Bahan Tumis:

  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 batang lada kering, dipotong kecil

Cara-cara:

  1. Tumis semua bahan sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan tumis ke dalam moong dhal yang telah direbus.
  3. Tambah garam. Biar kuah mendidih. Siap!
  4. Makan chapati memang sedap. Kalau makan dengan nasi, padankan dengan sambal belacan dan ikan kering.

Info tambahan: Pastikan guna moong dhal. Dhal ini kecil sahaja. Rasanya lebih manis dan lemak, tidak sama seperti kacang dhal biasa yang besar-besar itu. Berbeza sama sekali. Harganya mahal sedikit, tetapi berbaloi.

Kredit resipi dan gambar: Habibah Badar Bajrai

Baca juga: Resipi Pes Mi Goreng Mamak, Balik Kerja Lewat Pun Sempat Masak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN