resepi jejari roti

Kadang-kadang pening kepala nak buat sarapan apa, terutama bila nak sediakan menu yang cepat tetapi tetap sedap. Apa kata jom cuba resepi jejari roti bersalut yang mudah, jimat dan confirm jadi kegemaran anak-anak. Dengan menggunakan bahan asas yang selalu ada di dapur, anda dah boleh hasilkan kudapan rangup yang menyelerakan.

Menu ini juga sangat sesuai dijadikan sarapan ekspres sebelum keluar kerja atau sekolah. Tekstur roti yang rangup di luar dan lembut di dalam memang buat sekali cuba terus nak tambah lagi. Malah, ia juga sedap dimakan bersama sos cili, mayonis atau cheese sauce ikut cita rasa masing-masing.

Paling menarik, cara penyediaannya sangat mudah dan tak perlukan kemahiran memasak yang rumit. Sesuai sangat untuk yang baru belajar memasak atau nak ajak anak-anak bantu di dapur. Jom tengok bahan dan cara penyediaannya di bawah.

Baca juga: Resipi Sardin Roll Rangup Rangup Tak Serap Minyak, Cara Mudah Habiskan Roti Nak Expired!

RESEPI JEJARI ROTI BERSALUT

resepi jejari roti

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti putih keping
  • 2 hingga 3 biji telur
  • 1 mangkuk breadcrumbs
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong setiap keping roti kepada bentuk jejari panjang mengikut saiz yang diinginkan.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sebati bersama sedikit garam.
  3. Celup jejari roti ke dalam bancuhan telur sehingga rata.
  4. Kemudian salutkan roti dengan breadcrumbs hingga keseluruhan permukaan bersalut sempurna.
  5. Panaskan minyak dan goreng jejari roti sehingga bertukar warna keemasan dan rangup.
  6. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.
  7. Siap! Sedap dimakan panas-panas bersama sos kegemaran anda.

Sumber: Nor Hidayah Yahaya

Baca juga: Cara Buat Roti Keju Yang Gebu, Lembut & Wangi, Sekali Gigit Terus Jatuh Cinta!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN