
Kuih pau coklat memang antara kuih yang tak pernah jemu dimakan. Bau dia yang wangi, tekstur lembut gebu dan inti coklat yang cair dalam mulut memang buat ramai tak boleh berhenti makan. Lagi-lagi kalau dapat pau yang nampak cantik, putih gebu dan “bambam”.
Pau coklat ini boleh disejuk bekukan. Jadi, nanti tinggal kukus sahaja untuk sarapan atau kudapan petang sambil minum teh. Cara membuatnya juga tak perlu bahan mahal, tapi kalau kena cara, hasil dia memang nampak premium dan sedap.
Resipi ini juga boleh hasilkan pau yang lembut, tahan lama dan kekal gebu walaupun disimpan lama. Rahsia tekstur cantik dia juga ada pada penggunaan bahan tertentu seperti cuka makan yang membantu naikkan struktur doh.
Baca juga: Rahsia Donat Kampung Lembut Sampai Malam, Rupanya Kena Letak ‘Kentang Lenyek’ Dalam Doh!
RESIPI PAU COKLAT GEBU & ANTI KEDUT

Bahan doh:
- 230ml air suam
- 3 sudu makan gula
- 1 1/2 sudu teh yis kering
- 1 sudu teh emulco pandan
- Beberapa titik pewarna hijau
- 1 sudu makan cuka makan
- 3 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh baking powder
- 1 1/2 sudu makan shortening atau minyak masak
Bahan inti:
- Spread coklat (atau kacang merah / inti pilihan sendiri)
Cara-cara penyediaan:
- Dalam bekas, campurkan air suam, gula dan yis kering. Kacau sedikit dan biarkan ia aktif lebih kurang 5-10 minit sehingga berbuih.
- Masukkan emulco pandan, pewarna hijau dan cuka makan. Gaul rata.
- Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, garam dan baking powder.
- Tuangkan campuran cecair ke dalam bahan kering sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh.
- Masukkan shortening atau minyak masak, kemudian uli lagi sampai doh jadi lembut, elastik dan tidak melekat di tangan.
- Rehatkan doh sekejap hingga naik dua kali ganda.
- Bentukkan doh, isi dengan inti coklat dan bulatkan kemas.
- Letakkan pau dalam pengukus yang telah dialas kertas. Biarkan sekejap sebelum kukus.
- Kukus selama 7-8 minit menggunakan api sederhana.
- Selepas siap, tutup api dan biarkan dalam pengukus 5-6 minit tanpa buka penutup. Ini step penting untuk dapatkan pau yang cantik dan tidak mengecut.
Sumber: Nurul Syafiqah
Baca juga: Resipi Kek Fruit Pastry Yang Cantik Menarik, Hasil Lembut & Gebu Dengan Topping Buah Segar
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














