Categories: Informasi

Kilang Ayam Tak Patuh Syarak ‘Diserbu’, Proses 40,000 Ekor Sehari! Mufti Jelaskan Hukum Jika Pernah Termakan

Kilang ayam di Puchong menjadi perhatian selepas sebuah premis penyembelihan dan pemprosesan ayam diserbu pihak berkuasa kerana disyaki menjalankan aktiviti yang tidak mematuhi syarat halal. Lebih mengejutkan, kilang berkenaan dipercayai mampu memproses kira-kira 40,000 ekor ayam sehari untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Dalam serbuan menerusi Ops Taring Chiller, pihak berkuasa merampas kira-kira 6.5 tan ayam mentah yang disyaki diproses tanpa mengikut kaedah penyembelihan ditetapkan hukum syarak. Rampasan itu melibatkan 468 bungkusan plastik dengan anggaran nilai RM85,400.

Susulan pendedahan tersebut, Mufti Pulau Pinang turut tampil menjelaskan hukum bagi umat Islam yang mungkin pernah memakan ayam daripada sumber berkenaan tanpa mengetahui status sebenarnya.

Baca juga: ‘Rider’ Bongkar Premis Makanan Kotor Di Kulim, Lalat & Najis Tikus Ditemui Dalam Kedai!

Kilang Ayam Dipercayai Beroperasi Hampir 10 Tahun, Dibekal Ke Restoran Dan Pasar Raya

Menurut Timbalan Pengarah (Gerakan/Operasi) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Muhammad Abdul Halim, kilang ayam terbabit dipercayai sudah beroperasi kira-kira 10 tahun.

Lebih membimbangkan, kesemua 12 pekerja yang ditahan merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Bangladesh dan Pakistan. Mereka juga didakwa tidak mempunyai sijil perakuan untuk menjalankan kerja-kerja penyembelihan haiwan.

Hasil pemantauan mendapati premis berkenaan dipercayai menggunakan kaedah kejutan elektrik sehingga menyebabkan ayam mati sebelum proses sembelihan dilakukan.

Difahamkan, voltan yang digunakan adalah antara 60 hingga 130 volt, sedangkan tahap maksimum yang dibenarkan ialah 10 volt. Malah, terdapat ayam yang dipercayai sudah mati akibat kejutan elektrik tetapi tetap disembelih sebelum dipasarkan.

Pemilik kilang yang merupakan lelaki tempatan berusia awal 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut Muhammad, kilang berkenaan dipercayai membekalkan ayam mentah kepada kedai makan, pasar raya dan kedai runcit sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Damansara, Puchong, Cheras serta Bangi.

Beliau turut memaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pernah beberapa kali memberikan amaran kepada premis berkenaan, namun tidak diendahkan.

Mufti Jelaskan Hukum Jika Pernah Termakan Ayam Tidak Halal Tanpa Pengetahuan

Dalam perkembangan sama, Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman menjelaskan bahawa umat Islam tidak berdosa sekiranya pernah memakan ayam yang tidak disembelih mengikut hukum syarak tanpa mengetahui perkara sebenar.

Menurut beliau, individu terbabit juga tidak diwajibkan membayar kaffarah, menggantikan makanan yang sudah dimakan atau melakukan amalan tertentu untuk menyucikan diri.

Malah, tidak timbul persoalan seluruh tubuh badan menjadi haram atau ibadah yang dilakukan selama ini terbatal hanya kerana pernah termakan makanan tidak halal tanpa pengetahuan.

Bagaimanapun, umat Islam wajib berhenti memakan bekalan ayam tersebut sekiranya sudah mendapat pengesahan bahawa sumber berkenaan tidak halal.

Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya tidak membuat kesimpulan bahawa semua ayam yang pernah diproses oleh premis berkenaan sepanjang tempoh operasinya adalah bangkai kerana perkara itu masih memerlukan pembuktian menerusi siasatan pihak berkuasa.

Ayam Mati Sebelum Disembelih Dikategorikan Sebagai Bangkai

Mengulas lanjut, Mohd Sukki menjelaskan bahawa ayam merupakan haiwan yang halal dimakan, tetapi perlu disembelih ketika masih hidup dan memenuhi syarat penyembelihan yang ditetapkan syarak.

Sekiranya ayam mati terlebih dahulu akibat renjatan elektrik atau rendaman air panas sebelum disembelih, haiwan tersebut dikategorikan sebagai bangkai dan haram dimakan.

Proses memotong leher selepas ayam mati juga tidak menjadikan daging berkenaan halal. Perkara ini turut disebut dalam Surah al-Ma’idah ayat 3 yang bermaksud:

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, darah dan daging babi.”

Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam supaya lebih berhati-hati memilih sumber makanan, khususnya ayam dan daging.

Pengguna disarankan mengutamakan pembelian daripada pembekal yang mempunyai pensijilan halal sah serta sumber bekalan yang jelas, bukannya hanya bergantung kepada pengakuan penjual atau menganggap sesuatu makanan pasti halal kerana pemilik premis beragama Islam.

Pemilik restoran dan peniaga makanan juga bertanggungjawab memastikan bekalan ayam yang digunakan benar-benar disembelih mengikut hukum syarak.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

3 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

3 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

3 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

3 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

3 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

3 days ago