khasiat sirih cina

Ramai tak sangka, tumbuhan kecil yang tumbuh meliar di sekeliling kita sebenarnya kaya dengan khasiat. Begitu juga dengan khasiat Sirih Cina, daunnya kecil tapi manfaatnya besar sebagai penawar semula jadi.

Pokok ini dikenali dengan banyak nama seperti sirih laut, sirih pasir, sirih bunian, sirih air dan ketumpang air. Walaupun namanya berbeza mengikut tempat, rupa bentuknya tetap sama.

Sirih Cina bukan sekadar tumbuhan liar yang tiada nilai, tapi sebenarnya ia sejenis sayur kampung yang boleh dijadikan ulam, teh herba atau jus kesihatan.

Baca juga: Bukan Sekadar Pokok Hiasan, Rupanya Daun Adam Hawa Banyak Khasiat Tersembunyi!

KHASIAT SIRIH CINA

khasiat sirih cina

Kredit gambar: Jawa Pos

1. MERAWAT JANGKITAN MATA.

Jus daripada daun Sirih Cina boleh membantu meredakan mata merah, berair dan sensitif.

2. MENURUNKAN DEMAM DAN MELEGAKAN BATUK.

Kisaran daun Sirih Cina boleh disapu pada kepala dan leher untuk menurunkan suhu badan serta melegakan batuk ringan.

3. MERAWAT GOUT DAN SAKIT SENDI.

Daun dan batang yang dikisar boleh disapu pada tempat sakit atau diambil sebagai ulam bagi membantu mengurangkan radang dan bengkak sendi.

khasiat sirih cina

Kredit gambar: Bacakoran

4. DIJADIKAN TEH HERBA SEMULA JADI.

Daun Sirih Cina boleh dikeringkan dan dijadikan minuman teh bagi tujuan detoks dan penjagaan kesihatan dalaman.

5. BOLEH DIMAKAN SEBAGAI ULAM ATAU DIMASAK.

Selain dibuat jus, Sirih Cina boleh dimasak lemak, digoreng atau dimakan mentah. Rasanya lembut dan menyegarkan.

6. MENCEGAH PELBAGAI PENYAKIT.

Sirih Cina dikatakan mampu mencegah pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, migrain, masalah buah pinggang, cirit-birit dan sakit perut.

Selepas ini jika nampak pokok Sirih Cina tumbuh di halaman rumah, jangan terus cabut dan buang. Tapi, cuba kenali dan manfaatkannya sebaik mungkin.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Bacakoran, Jawa Pos

Sumber: Abi Chai Al Ajami

Baca juga: Khasiat Limau Purut Rupanya Boleh Redakan Sakit Gigi, Saiz Kecil Tapi Kaya Manfaat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN