garam bukit

Pernah tertanya tak mengapa ada banyak garam bukit bersepah jual di pasaraya, drugstore mahupun kedai runcit? Ada yang dibuat scrub untuk badan, produk pencuci muka, mandian, dan sebagainya.

Kalau dalam masakan, garam ini antara bahagian terpenting untuk menyedapkan makanan. Garam bukit adalah garam tulen yang di temui di kawasan berbukit dan gunung-ganang. Seperti garam biasa, ia tak ditapis dan hadir dalam bentuk kristal tulen. 

Baca juga: Serbuk Seasoning Cendawan ‘Homemade’, Perasa Semulajadi Tanpa Garam Dan MSG 

Jadi, garam bukit bebas dari bahan kimia dan boleh digunakan dalam makanan tanpa perlu risau tentang kesan sampingan. Ia juga terbentuk secara semulajadi apabila air laut atau air tasik menyejat dan meninggalkan natrium klorida yang asli.

Jom kita lihat antara tujuh khasiat garam bukit yang baik untuk tubuh badan kita.


1. Mengalakkan penghadaman

Bagi anda yang mempunyai masalah sembelit, pedih ulu hati, kembung perut dan masalah berkaitan perut yang lain, ia boleh dijadikan sebagai ubat di rumah untuk membantu penghadaman.

Disebabkan garam ini mempunyai mineral dan vitamin semulajadi, ia dapat mengalakkan pergerakan usus dan bantu membersihkan toksik dalam usus. Apabila proses penghadaman berjalan dengan lancar, berat badan juga secara tak langsung akan menurun.


2. Meningkatkan metabolisma

Ia dapat merangsangkan metabolisma untuk meningkatkan lagi fungsi badan. Disebabkan garam ini mudah menyerap mineral dan air, ia dapat membantu kekalkan keseimbangan elektrolit tanpa jejaskan tekanan darah.


3. Meningkatkan sistem imun badan

Disebabkan ia kaya dengan vitamin K, garam bukit ini dapat membantu untuk menguatkan tulang serta tingkatkan lagi imunisasi badan. Jadi, konsum garam ini dalam makanan dapat menhalang penyakit yang selalu menyerang imun badan kita.


4. Mencantikkan kulit

Bukan sahaja banyak khasiat, tetapi ia juga boleh menjadi produk kecantikan. Kaum wanita memang tak dapat lari dari menjaga kejelitaan. Jika ia dibuat sebagai skrub wajah, kulit akan sentiasa lembap dan dapat menanggalkan sel kulit mati. 

Resipi skrub muka homemade:

  • Garam bukit
  • Minyak badam
  • Minyak zaitun

5. Dapat berikan kelegaan pada sengal otot

Kalau selalu lenguh atau sengal otot, bolehlah gunakan garam merah jambu ini. Disebabkan ia bahan pengelupasan dan bersifat anti keradangan, jadi ia dapat diserap oleh badan dan memberikan kelegaan. 

Caranya, hanya rendam bahagian otot yang sengal ke dalam air yang dicampurkan dengan garam bukit ini.


6. Melegakan stres badan

Konsum garam ini dalam masakan atau mandian air suam dapat melegakan stres badan dan mengaktifkan otak. Bukan itu sahaja, ia dapat berikan kesan yang tenang dan perasaan gembira apabila sudah penat seharian bekerja atau belajar.


7. Meningkatkan sistem pernafasan

Amat baik digunakan untuk sesiapa yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma, alergi dan jangkitan sistem pernafasan. Apabila kita bernafas dengan garam bukit yang dijadikan hiasan, partikel garam itu akan diserap ke dalam paru-paru dan dapat meluaskan saluran pernafasan yang sempit itu.

Bukan itu sahaja, ia dapat mebunuh anti virus, anti bakteria serta mikroorganisma yang tumbuh dalam paru-paru.


Banyakkan khasiat dari garam merah jambu ini. Tapi jangan terlebih ambil pula tau. Kita harus mengikut saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu 1 sudu teh (5g) garam dalam sehari.

Semoga bermanfaat!


Sumber: Root Of Science, Pharmeasy

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN