Siapa sangka, saiz buah kiwi yang kecil rupanya mengandungi banyak nutrien seperti vitamin C, K, E, folat, potasium, kalsium dan kalium. Nak tahu tak apa khasiat buah kiwi untuk kesihatan?
Antara kebaikan buah kiwi adalah boleh membantu turunkan tekanan darah, sumber antioksidan, tingkatkan sistem kekebalan tubuh, atasi penyakit semput, menjaga kesihatan jantung, atasi insomnia, menyihatkan rambut dan sebagainya lagi.
Rasa kiwi yang manis dan warna isinya yang kehijauan membuatkan buah ini menjadi kegemaran ramai. Ia juga sesuai dijadikan snek buah-buah, jus atau hiasan kuih.
Buat yang belum tahu, buah kiwi mempunyai dua jenis iaitu isi berwarna hijau yang dikenali sebagai Hayward, dan kiwi berisi kuning dikenali Hort 16A.
Namun begitu, anda perlu mengetahui tips memilih buah kiwi supaya tidak terbeli buah yang masam dan bertekstur keras. Jom MyResipi kongsikan petua-petua tersebut di bawah.
Baca juga: 7 Tips Pilih Cempedak Yang Manis & Isi Meriah, Baru Tak ‘Frust’ Beli Mahal-Mahal
1. Berwarna Kuning Keemasan
Jika mahu memilih buih kiwi yang manis, pilih isi buah kiwi yang berwarna kuning keemasan.
2. Kulit Berbulu Halus
Isi buah kiwi yang berwarna kuning keemasan ini biasanya mempunyai bulu yang lebih halus pada permukaan kulit.
3. Lihat Pada Warna Kulit
Terdapat dua jenis kiwi yang biasa dijual di pasar raya iaitu, kiwi hijau dan kiwi kuning. Kiwi hijau biasanya lebih masam berbanding kiwi kuning yang lebih manis.
Kiwi yang sudah masak elok mempunyai aroma citrus yang tajam dan harum. Kulitnya juga berwarna hijau kecoklatan dan permukaannya halus.
4. Perhatikan Label
Lihat label yang terdapat pada buah kiwi. Kiwi dari New Zealand biasanya lebih manis berbanding dari Chile.
5. Cara Memilih Kiwi Masak
Untuk memastikan buah kiwi sudah masak, tekan sedikit pada bahagian hujung buah dengan perlahan. Jangan sehingga merosakkan buah ya!
Kiwi yang sudah matang mempunyai tekstur yang lembut, ia menandakan buah sudah masak dan sedia untuk dimakan. Elakkan dari membeli buah yang bertekstur keras.
6. Kiwi Belum Masak?
Jika anda terbeli buah kiwi yang masih keras dan belum masak, simpan di ruang bersuhu bilik supaya cepat masak.
7. Tips Lebih Sedap
Simpan kiwi di peti sejuk. Kiwi akan menjadi lebih sedap jika dimakan sewaktu sejuk. Hindarkan menyimpan kiwi di dalam freezer kerana boleh merosakkan isi buahnya.
8. Elak Kiwi Jenis Ini
Hindar membeli buah kiwi yang sudah berkedut, lebam dan berubah warna. Ia menunjukkan buah kiwi sudah kehilangan khasiat dan kandungan airnya.
Dengan mengikuti tips di atas, anda tidak perlu risau lagi jika tersalah beli kiwi yang masam dan tidak masak.
Selain itu, anda juga perlu menyimpannya dengan betul. Kiwi yang belum masak perlu disimpan di ruangan bersuhu bilik, manakala kiwi yang sudah masak boleh disimpan di dalam peti ais. Semoga bermanfaat!
Sumber: IDN TIMES
Baca juga: Cara Pilih Tembikai Yang Manis & Juicy, Ikut 4 Tips Berguna Ini
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…