Ramai yang turut bersedih dengan pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin yang telah menemui Penciptanya akibat jangkitan Covid-19. Kehilangannya telah memberi kesan begitu dekat kepada semua orang.
Arwah Siti Sarah juga sering berkongsi resipi-resipi masakannya kepada para peminatnya di laman sosial Instagram. Perkongsiannya dalam loghat Terengganu itu pasti akan dirindui nanti.
Resipi ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’ merupakan resipi terakhir yang sempat dikongsikan olehnya sehari sebelum dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU.
Berikut merupakan resipinya yang telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Ameera. Menurutnya, sedap sungguh resipi arwah Siti Sarah ini. Semoga bermanfaat buat semua.
1. Siang dan cuci bersih ketam.
2. Panaskan minyak. Bawang putih 6 ulas, halia besar ibu jari. Cincang begini. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan 2 sudu makan cili kisar kering. Sukatan ini anak anak pun boleh makan sama. Nak pedas letak lebih. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan 2 sudu makan sos cili, 1 sudu makan gula, 2 sudu makan sos tiram, 3 sudu kecil kicap cair, 1 mangkuk air, 1 sudu makan black vinegar, 1 sudu makan sos tomato dan garam secukup rasa.
5. Kemudian masukkan ketam. Gaul sehingga rata.
6. Kemudian bila dah masak ketam tu, masukkan tepung jagung. Tepung jagung 2 sudu makan. Letak air sikit untuk larutkan. Masukkan dan gaul.
7. Kemudian masukkan putih telur. Guna 2 biji telur ye. Telur kuning tak pakai.
8. Gaul rata dan tutup sekejap. Masak dalam 5-6 minit begitu.
9. Dah masak tutup api. Siap dah.
10. Terima kasih arwag Siti Sarah. Perkongsian resipi juga salah satu saham kita di akhirat kelak. Selagi ada orang dimuka bumi ini menggunakan dan manfaatkan resipi, selagi itulah pahala kita terus mengalir.
Kredit: Ameera
Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…
Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…
Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…
Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…
Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…
Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…