ketam masak lemak

Ketam merupakan salah satu makanan laut yang digemari ramai kerana isinya yang manis dan lazat. Bagi yang teringin nak makan ketam hari ini, jom cuba resepi ketam masak lemak cili api ini.

Resipi ini bukan sahaja tidak menggunakan banyak bahan, malah cara memasaknya juga sangat mudah kerana tidak mengambil masa yang lama untuk isinya masak. 

Siapa suka pedas, boleh lebihkan penggunaan cili semasa dalam proses memasak. Jom lihat resipi penuh perkongsian oleh Puan Asrinna Bakri di bawah. 

Baca juga: 3 Tips Pilih Ketam Isi Penuh & Banyak Telur, Baru Puas Hati Makan

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan yang diperlukan:

– 8 ekor ketam
– 1 batang serai
– 2 inci halia
– 3 hingga 4 ketul kunyit hidup
– 4 hingga 5 biji bawang merah
– 1 helai daun kunyit
– 1 biji nenas kecil
– 1 kotak santan
– Cili padi ikut tahap kepedasan

Cara memasak:

1. Kisar bawang merah, halia, cili padi dan kunyit.

2. Panaskan minyak. Tumis serai yang dah diketuk. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai pecah minyak.

3. Masukkan ketam dan nenas. Kemudian masukkan air. Agak-agak sampai ketam tenggelam. Masukkan sikit santan dulu.

4. Biarkan mendidih. Agak-agak 10-15 minit camtu. Rasakan garam, gula dan perasa.

ketam masak lemak

5. Kemudian matikan api. Masukkan baki santan. Siap.

ketam masak lemak

Kredit resipi dan gambar: Facebook Arinna Bakri via Grup Resepi

Baca juga: Cucur Ketam Crispy Guna Bahan Mudah, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN