
Jika anda sedang mencari idea lauk seafood yang sedap dan mudah, resipi ketam masak kam heong ini memang wajib cuba. Perkongsian daripada pengguna Facebook ini jadi perhatian ramai kerana walaupun pertama kali memasak ketam nipah, hasilnya sangat menjadi dengan kuah pekat, berempah dan cukup menyelerakan.
Apa yang menarik, cara masak ketam masak kam heong ini tidak rumit, tetapi ada teknik penting yang buatkan rasanya lebih padu, iaitu menggunakan bahan tumbuk dan tumis hingga pecah minyak.
Baca juga: Cara Buat Ayam Masak Kam Heong Pedas Rangup, Resipi Ringkas Tapi Aroma Menggoda
RESIPI KETAM MASAK KAM HEONG KUAH PEKAT SEDAP

Bahan-bahan:
- Ketam nipah (dibersihkan dan dipotong)
- Garam
- Serbuk kunyit
Bahan-bahan tumbuk:
- Lada kering
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Udang kering (lebihkan untuk rasa lebih sedap)
Bahan-bahan lain:
- Daun kari (segenggam)
- Lada kering (digunting)
- Serbuk kari ikan – 2½ sudu besar
- Sedikit air (untuk jadikan pes)
- Kicap manis
- Garam secukupnya
- Serbuk perasa (pilihan)
- Sedikit air
Cara-cara penyediaan:
1. Goreng ketam
Gaulkan ketam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan (berhati-hati kerana kulit ketam tajam).
2. Tumis bahan tumbuk
Tumbuk semua bahan, kemudian tumis hingga naik bau dan garing sedikit. Kaedah tumbuk ini membantu menaikkan rasa ketam masak kam heong jadi lebih sedap.
3. Masukkan bahan kari
Masukkan daun kari dan lada kering. Kemudian tuang pes kari (serbuk kari yang dibancuh dengan air). Tumis hingga pecah minyak.
4. Perasakan
Masukkan kicap manis, garam dan serbuk perasa (jika suka). Gaul rata.
5. Masukkan ketam
Masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Tambah sedikit air dan gaul sehingga kuah menjadi pekat dan menyelaputi ketam.
6. Siap dihidang
Rasa dan tambah perasa jika perlu. Masak hingga kuah pekat, kemudian tutup api.
Tip Supaya Ketam Masak Kam Heong Lagi Sedap
- Gunakan udang kering yang banyak untuk rasa lebih berlemak dan umami
- Jangan tinggal daun kari, ia memberi aroma asli kam heong
- Pastikan tumisan pecah minyak untuk kuah yang lebih pekat dan berperisa
- Tambah cili padi jika suka lebih pedas
Resipi ketam kam heong ini memang sesuai untuk hidangan istimewa bersama keluarga. Walaupun nampak ringkas, rasanya memang setanding masakan restoran.
Selamat mencuba!
Sumber: Hamdan Hayati
Baca juga: Resepi Ketam Telur Masin Berkrim Ala Restoran, Rasa Padu Pasti Membuka Selera Keluarga!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














