keropok kentang

Kalau di rumah ada banyak stok kentang, boleh cuba buat sendiri potato chips atau keropok kentang ini. Selalu kita beli, kali ini buat sendiri.

Baca juga: Bebola Kentang Keju Mozarella, Hanya Guna 7 Bahan Ini Je, Anak-anak Tentu Suka!

Hasilnya pula enak dan rangup. Kalau buat confirm sekejap saja dah licin. Cara membuatnya dikongsi oleh Cik Puan Nurhayati Maleq ini.


RESIPI KEROPOK KENTANG HOMEMADE

keropok kentang

Bahan-bahan:

  • Kentang 6 biji 
  • 2 sudu cuka makan
  • 1 sudu kecil blackpepper/ serbuk cheese
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil gula halus

Cara-cara membuat:

1. Kupas kulit kentang dan sagat nipis-nipis kentangnya.

2. Kemudian, didihkan air bersama cuka dan garam. Masukkan kentang yang disagat tadi ke dalam air rebusan selama 3 minit.

*Tips ini untuk pastikan kentang kekal rangup dan tak lembik apabila digoreng.

3. Lepas itu basuh dan tos kan kentang, pastikan kentang kering. Nak senang boleh je gunakan oven pada suhu rendah untuk cepatkan pengeringan.

4. Dah kering, bolehlah digoreng kentangnya sehingga kuning keemasan dan rangup.

5. Angkat dan toskan minyak. Dah sejuk sedikit bolehlah masukkan ke dalam bekas. Masukkan lah garam, gula, blackpepper atau serbuk kari atau serbuk cheese. Ikutlah nak perisa apa pun.

6. Tutup bekas dan goncang agar perasa sebati dengan kentang. Siap!


Selamat mencuba!

Baca juga: Kentang Bakar Berempah Crunchy Guna Air Fryer, Sesuai Buat Snacks Sihat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN