Sajian kerabu timun bersantan yang telah dikongsikan oleh saudari Izlyana Ell ini merupakan menu yang berasal dari Kelantan.
Bahan asas yang perlu digunakan juga sangat ringkas. Kalian hanya memerlukan timun yang disagat, kemudian dicampur dengan bawang merah, lada hitam, kelapa parut dan isi ikan yang telah ditumbuk.
Kalau nak tahu cara penyediaannya yang lengkap, mari sama-sama baca resipi lengkap di bawah.
Baca juga: Resipi Kerabu Ikan Bilis, Ikut Petua Ini Supaya Rangup & Tak Liat
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Tumbuk bawang merah, lada hitam, kelapa parut goreng dan isi ikan yang sudah direbus. Jika guna lada hitam serbuk, letak dan gaul selepas bahan lain siap ditumbuk.
2. Kemudian campur bahan tumbuk dengan timun yang sudah disagat.
3. Masukkan pula santan yang sudah dipanaskan sekejap. Perasakan dengan garam dan sedikit gula jika suka. Perahkan juga asam limau nipis. Gaul semuanya sehingga bercampur rata.
4. Boleh pelbagaikan untuk lebih sedap. Boleh tambahkan perut rebus/kerang atau pucuk paku, tauge dan kacang panjang. Selama mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Izlyana Ell
Baca juga: Sedapnya Meratah Kerabu Perut Campur Pucuk Paku & Tauge, Ini Resipinya!
Selalu nampak peniaga jual Puteri Ayu yang elok gebu sampaikan teringin buat di rumah. Sebenarnya,…
Hidangan yang tidak pernah jemu dengan gabungan rasa coklat pekat dan biskut rangup. Resipi kek…
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…