kerabu pucuk paku kerang

Antara banyak-banyak jenis kerabu, resipi kerabu pucuk paku kerang ini memang lain macam sedapnya! Gabungan pucuk paku muda yang rangup, isi kerang manis, dan sambal kelapa pedas masam menjadikan hidangan ini susah nak berhenti makan.

Resipi ini bukan saja senang nak buat, tapi tak perlukan bahan yang rumit pun. Tinggal campur saja semua bahan yang diperlukan. Bila makan dengan nasi putih panas, memang nikmat betul!

Baca juga: Resipi Kerabu Suun Yang Simple Tapi Padu, Rasa Masam Dan Pedas Menyengat

RESEPI KERABU PUCUK PAKU KERANG

kerabu pucuk paku kerang

Bahan-bahan:

  • 6 batang cili
  • 6 biji cili padi
  • 1½ sdb belacan
  • 1½ sdb gula
  • Garam secukupnya
  • 6 sdb santan pekat
  • 3 sdb jus limau nipis
  • 1 cawan (200 g) kelapa parut (putih)
  • 2 cawan pucuk paku (2 ikat)
  • 1 cawan tauge
  • 1 cawan bawang besar
  • 1 cawan isi kerang rebus

Cara penyediaan:

  1. Celur pucuk paku selama kira-kira 40 saat. Angkat dan toskan.
  2. Celur tauge sekejap saja (lebih kurang 10 saat), kemudian angkat dan toskan.
  3. Sangai kelapa parut di dalam kuali tanpa minyak hingga keperangan dan naik bau. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Dalam chopper atau pengisar, kisar kasar cili merah, cili padi, belacan, kelapa sangai, gula, garam, santan pekat dan jus limau nipis. Jangan kisar terlalu halus — biar ada sedikit tekstur.
  5. Dalam mangkuk besar, satukan pucuk paku, bawang besar hiris, isi kerang rebus dan bahan kisar tadi.
  6. Gaul hingga semua bahan sebati dan mesra dengan sambal kelapa. Siap untuk dihidang!

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca juga: Resipi Kerabu Seafood Thai, Gabungan Rasa Masam Manis Pedas Yang Bikin Terangkat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN