kerabu suun

Kalau suka makanan Thai, kerabu suun ni memang wajib cuba! Hidangan ini sejenis kerabu mi kaca (suun) yang digaul dengan sos masam pedas, udang celur, bawang holland dan daun ketumbar.

Rasanya cukup lengkap dari masam limau nipis, pedas dari cili padi dan wangi dari sos ikan serta bawang putih. Sangat menyegarkan, sesuai dijadikan menu pembuka selera.

Baca juga: Sup Telur Suun Kegemaran Anak, Resipi Mudah Dimasak & Cepat Siap

RESPEI KERABU SUUN

kerabu suun

Bahan-bahan sos kerabu:

  • Beberapa ulas bawang putih
  • Beberapa biji cili padi (ikut tahap pedas)
  • Sos ikan (nampla) secukupnya
  • Air limau nipis secukup rasa
  • Sedikit gula dan serbuk perasa (pilihan)

Kisar semua bahan di atas hingga sebati untuk dijadikan sos kerabu.

Bahan-bahan kerabu suhoon:

  • 1 pek suhoon (mi kaca) – dicelur dan tos airnya
  • 4 ekor udang – dicelur hingga masak
  • Daun ketumbar secukupnya – dihiris kasar
  • Beberapa biji cili padi – dihiris
  • ½ biji bawang besar holland – dihiris halus
  • Air limau nipis secukupnya

Cara membuat:

  1. Dalam mangkuk besar, satukan suhoon, udang, daun ketumbar, cili padi dan bawang Holland.
  2. Tuangkan sos kerabu yang telah dikisar tadi.
  3. Tambahkan sedikit air limau nipis untuk rasa lebih segar.
  4. Gaul semua bahan hingga sebati.
  5. Rasa dulu. Jika kurang masin atau manis, boleh tambah sedikit sos ikan dan gula.

Sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Siti Aminah Yousoff

Baca juga: Resipi Tauhu Goreng Suun, Menu Simple & Sedap Ini Confirm Nak ‘Repeat’ Hari-Hari!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN