kerabu seafood

Kalau anda penggemar makanan Thai, pasti pernah rasa kerabu seafood Thai yang terkenal dengan gabungan rasa masam, manis dan pedas. Sekali suap saja, memang terangkat selera! Hidangan ini sedap dimakan begitu sahaja sebagai pembuka selera atau dicicah dengan nasi panas.

Kerabu seafood Thai bukan sahaja sedap, malah sangat mudah disediakan. Cukup dengan rebus seafood kegemaran anda, kemudian gaul bersama sos masam pedas yang segar, terus siap hidangan ala restoran Thai di rumah.

Baca juga: Resipi Daging Bakar Danok Yang Juicy & Padu, Siap Dengan Sos Thai ‘Power’!

RESEPI KERABU SEAFOOD THAI

kerabu seafood

Bahan-bahan:

  • Aneka seafood (contoh: sotong, udang, kerang, kepah, jagung manis)
  • Bawang merah (dihiris nipis)
  • Tomato (dihiris nipis)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • Cili padi (dihiris)
  • Gula kabung (atau gula perang)
  • Kicap sotong (squid sauce)
  • Sedikit garam
  • Air rebusan seafood (ambil sikit saja)
  • Air perahan limau nipis
  • Cili kisar kasar

Cara penyediaan:

  1. Sediakan semua bahan seafood pilihan dan rebus hingga masak. Toskan dan ketepikan sedikit air rebusan.
  2. Dalam satu mangkuk, satukan gula kabung, kicap sotong, garam, air rebusan seafood dan air perahan limau nipis. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan bawang merah, tomato, daun ketumbar dan cili padi yang telah dihiris. Gaul rata.
  4. Campurkan bersama seafood yang sudah direbus tadi.
  5. Akhir sekali, taburkan cili kisar kasar dan gaul sekali lagi.
  6. Sedia untuk dihidangkan sebagai pembuka selera.

Sumber: Bangun Bikah Cace

Baca juga: Sos Nampla Thai Untuk Buah Potong Rasa ‘Next Level’, Guna 5 Bahan Mudah Saja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN