kerabu pucuk labu

Sebut sahaja kerabu, mesti ada yang sudah terliur kan? Mari cuba buat Kerabu Pucuk Labu. Penggemar kerabu mesti suka versi yang ini. 

Makan dengan nasi panas saja pun dah sedap. Bagi yang tengah diet pun tak jadi masalah makan kerabu sebab kerabu penuh dengan khasiat dan boleh diratah begitu saja.

Baca juga: Kerabu Jantung Pisang Dengan Sotong & Pucuk Paku, Terliur Dibuatnya

Selalunya, bahan-bahan yang digunakan dan cara nak buat kerabu itu lebih kurang sama saja. Cumanya, hanya beza dekat bahan utama.

kerabu pucuk labu

Pucuk Labu

Ada orang suka buat kerabu yang ada sumber protein seperti daging, ayam. Ada pula yang suka kerabu yang banyak menggunakan sayuran dan buah-buahan sebab tinggi sumber probiotik.

Terpulang pada selera masing-masing. Yang pasti setiap satu tu ada khasiatnya yang tersendiri.

RESIPI KERABU PUCUK LABU

kerabu pucuk labu

Bahan-bahan: 

  • 20 tangkai pucuk labu – bersihkan – celur dan toskan
  • 1/2 biji kelapa muda – buang kulit arinya dan parut
  • 7 helai daun cekur – hiris halus
  • 3 biji limau kasturi – ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk:

  • 10 biji cili padi – boleh kurangkan jika tidak mahu pedas
  • 2 biji cili merah – buang biji
  • 3 ulas bawang putih – digoreng
  • 5 biji bawang merah – digoreng
  • 2 cm belacan – dibakar
  • 1 sudu besar udang kering – rendam hingga lembut

Cara-cara penyediaan kerabu:

1. Dalam sebuah bekas, campurkan kelapa parut serta bahan tumbuk. Gaul sebati.

2. Masukkan pucuk labu dan hirisan daun cekur.

3. Perasakan dengan garam dan gula dan tambahkan jus limau kasturi.

4. Gaul rata.

5. Hidangkan.

Selamat mencuba dan menjamu selera.

Sumber: Petua Nenek 

Baca juga: Kerabu Belimbing Buluh Daun Selom, Ratah Macam Gitu Pun Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN