kari sotong ala mamak

Kalau pergi kedai mamak, ambil kari sotong mesti harga terus cekik darah kan? Nak buat kari sotong pekat ala mamak, tak tahu pula nak cari resipi mana yang mudah.

Jangan risau, MyResipi hari ini akan kongsikan resipi kari sotong sama sedap, sama pekat dan sama surrr ala-ala di mamak. 

Jom kita baca resipi oleh Puan Salbiah Ahamad yang dikongsikan di Facebook milik beliau.

Baca juga: Kuih Kelapa Gula Merah, Meriah Dengan Inti Parutan Kelapa Segar!

KARI SOTONG PEKAT ALA MAMAK

kari sotong ala mamak

Bahan-bahan:

  • 1 kilogram sotong (dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari (pilih daun yang besar)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • Sedikit air asam jawa (untuk menambah rasa masam)
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam
  • 7 sudu besar serbuk kari ikan (guna kari cap O) dan serbuk cili (jika suka pedas)
  • Sedikit air (untuk pes)

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan sotong yang telah dibersihkan bersama dengan tulangnya. Tujuannya agar sotong kekal cantik dan keras serta berdiri tegak.

2. Selepas 5-6 minit, keluarkan sotong dari kuali.

3. Panaskan minyak lagi dan tumis bawang putih, bawang merah, dan daun kari sehingga harum.

4. Kemudian masukkan pes rempah kari dan gaulkan sehingga pecah minyak. Pastikan api digunakan pada tahap sederhana untuk memasak rempah dengan sekata dan warna rempah kelihatan cantik.

5. Jika rempah terlalu kering, tambahkan sedikit air dan biarkan rempah masak dengan sempurna.

6. Apabila minyak pecah, masukkan air asam jawa dan kacau sehingga minyak berwarna oren gelap.

7. Jika suka kari berkuah, tambahkan air. Selepas itu, masukkan sotong yang telah dipotong ke dalam kuali dan masak sebentar.

8. Akhir sekali, tambahkan garam dan serbuk perasa.

9. Kari sotong siap untuk dihidangkan.

Sumber: Salbiah Ahamad

Baca juga: Kek Tapak Dinosaur Betul-Betul Wujud, Isi Mampat Tapi Lembut Gebu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN