Jom cuba buat Kepak Ayam Lemon Pepper ini. Resipi ini fyp di laman Tiktok hingga mencecah lebih 400K tontonan tau!
Ini kalau makan panas- panas, berebut jugalah dengan anak-anak nanti. Tak cukup seorang satu, paling tidak mesti 3 hingga 5 ketul.
Baca juga: Cara Buat Kepak Ayam Manis-manis Pedas, Tinggal Bakar Dalam Oven Je!
Paling best, untuk cuba resipi ini, hanya gunakan bahagian kepak sahaja kesemuanya. Senang nak bahagikan dan rasa pun lebih sedap! Dan paling penting kita tak bakar, tapi kita goreng dalam kuali!
Ikuti resipi dari perkongsian @hazwancooks yang mudah dan simple ini. Senang je bahan yang digunakan untuk buat kepak ayam lemon pepper.
Bahan-bahan:
Bahan Sos:
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula, perasakan kepak ayam dengan garam, serbuk cili, lemon pepper seasoning, tepung jagung, dan baking soda. Gaul sebati.
2. Panaskan kuali. Kemudian, deep fry kepak ayam kira-kira 8 minit. Angkat dan rehatkan sekejap ayamnya
3. Kemudian, deep fry sekali lagi selama 8 minit juga. Bila mengoreng dua kali, kulit ayam itu akan jadi lebih rangup tetapi masih juicy di dalam. Angkat dan toskan.
4. Untuk bahan sos pula, cairkan butter dan tambah lemon pepper seasoning dan madu. Kacau sebati dan sosnya siap.
5. Gaul sos tadi bersama kepak ayam yang sudah digoreng. Hiaskan dengan daun parsley.
6. Sedia untuk dihidang!
Video Penuh:
@hazwancooks Episode 5 : Lemon Pepper Wings 😋🍋🧂 Ingredients : Season ayam (400g – 9 ketul) 1/4 sudu kecil 1 sudu serbuk cili 1 sudu LP seasoning 1 cup tepung jagung Sauce : 3 sudu butter 3/4 sudu LP seasoning 1/2 sudu jus lemon 2 sudu madu (kalau xcukup adjust dengan gula) Parsely to finish #hazwancooks #lemonpepperwings
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Kepak Ayam Teriyaki Air Fryer, Sedap Dimakan Bersama Nasi Butter Dan Coleslaw
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…