Categories: Infomasi

Kenali Jenis Cili Benggala Yang Ada Di Pasaran, Banyak Khasiatnya!

Mari kenali jenis cili benggala yang ada di pasaran. Cili Benggala atau Capsicum ini adalah sejenis lada yang biasanya tumbuh di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia juga dapat dikenali berdasarkan warna, bentuk, dan kepedasan.

Baca juga: 5 Jenis Cili Kering Dan Tahap Kepedasannya, Baru Senang Nak Mencili!

Berikut adalah beberapa jenis cili benggala berdasarkan warna dan khasiatnya menerusi perkongsian dari @dibalicious ini.


KENALI JENIS CILI BENGGALA DAN KHASIATNYA

Jom hari ini Dib nak share jenis-jenis cili benggala atau capsicum ini. Ia juga dikenali sebagai bell pepper. Kegemaran Dib yang wrana hijau. Memang sedap jika dimasukkan dalam pasta atau salad.

1. Cili Benggala Hijau

Jenis ini merupakan antara yang menarik dijadikan salad kerana warna hijau yang menjadikan kombinasi makanan yang menarik. Ia juga mempunyai rasa yang sedikit pahit tetapi sangat rangup kerana kurang matang.

Tambahan pula, ia sedikit kurang vitamin A, C dan B6 jika nak dibandingkan dengan cili benggala warna lain. Warna ini juga sesuai dimasukkan ke dalam salad, sandwich, spaghetti, dan nasi goreng.

2. Cili Benggala Merah

Merupakan antara yang popular dan disukai ramai. Ini disebabkan jenis merah ini memberikan rasa yang manis dan mudah didapati di pasar. Kebiasaannya, mempunyai warna merah terang hingga merah gelap. 

Oleh kerana warna merah garang dan rasanya yang manis, maka ia menjadi pilihan setiap salad dan makanan lain. Sering dibakar dan diisikan dengan pelbagai perisa di dalamnya untuk dimasak dan dimakan.

3. Cili Benggala Kuning

Jenis ini sama dengan warna merah dan oren iaitu untuk emncatikkan hiasan makanan. Jenis kuning ini memang manis. rangup dan rasanya yang enak. 

Cili kuning mempunyai warna kuning hingga oren. Mereka mempunyai tahap kepedasan yang berbeza-beza, bergantung pada jenisnya. Cili kuning mengandungi vitamin C dan antioksidan yang baik untuk kesihatan.

Apa yang bagus tentang cili benggala kuning ini, ia akan mengekalkan warna yang sama walaupun selepas dipanggang. Ia juga sering digunakan sebagai hiasan kepada makanan lain. 

4. Cili Benggala Hitam

Warna cili Bengal ini jarang, tetapi ia mempunyai rasa pedas yang kuat. Selalunya digunakan dalam masakan India dan Mexico. Warna hitam ini selalunya disebabkan oleh pematangan yang lebih lama.

5. Cili Benggala Ungu

Cili benggala berwarna ungu mempunyai warna ungu atau merah gelap. Mereka cenderung mempunyai rasa pedas yang sederhana hingga kuat. Warna ungu ini disebabkan oleh pigmen anthocyanin, yang mempunyai sifat antioksidan.


Khasiat cili benggala berbeza-beza bergantung kepada jenis dan tahap kepedasan. Walau bagaimanapun, ia mengandungi vitamin, mineral dan sebatian antioksidan yang baik untuk kesihatan. 

Namun, perlu diingatkan bahawa kepedasan cili ini boleh berbeza-beza dengan ketara, jadi sentiasa perhatikan tahap kepedasan yang anda terima semasa memasak atau makan makanan yang mengandungi capsicum ini.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Lemon8 @dibalicious

Baca juga: Cara Buang Biji Cili Kering Dengan MUDAH, Tangan Pun Tak Berpijar

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago