Categories: Resipi

Resipi Rendang Udang, Guna Bahan Mudah Tapi Lazat Tak Terkata!

Dah biasa masak rendang ayam atau daging kan? Mak-mak boleh cuba kelainan dengan memasak rendang udang pula.

Bahan-bahan yang digunakan sama saja seperti memasak rendang ayam atau daging. Hanya berbeza dari segi penggunaan lauk mentah.

Jika ada yang mahu mencuba, jom ikuti perkongsian lengkap oleh Puan Ameera di bawah. Memang sedap sungguh! 

Baca juga: Telur Pun Sedap Dibuat Rendang, Sesuai Makan Dengan Nasi Lemak!

RESEPI RENDANG UDANG LAZAT

Bahan-bahan:

  • 600 gram udang
  • 1 cawan santan segar/santan kotak
  • Kerisik
  • 1 sudu makan gula
  • Garam
  • Sehelai daun kunyit

Bahan-bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 6 tangkai cili kering
  • Lengkuas
  • Halia
  • 4 bawang putih
  • 1 batang serai
  • Kunyit hidup

Cara memasak:

1. Kisar semua bahan-bahan kisar. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi. Masak sehingga pecah minyak.

2. Masukkan pula 1 cawan santan segar. Boleh juga menggunakan santan kotak.

3. Seterusnya masukkan kerisik. Tips nak membeli kerisik, tolong bau terlebih dahulu. Takut bau hapak, nanti rendang jadi tak sedap.

4. Masukkan gula 1 sudu makan dan garam secukup rasa. Masak rendang sehingga sedikit kering. Guna api sederhana untuk memekatkan kuah rendang kita.

5. Bila kuah dah nampak kering, baru masukkan udang.

6. Akhir sekali, taburkan sehelai daun kunyit yang sudah dihiris halus. Boleh letakkan daun limau purut juga jika suka.

7. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Ameera

Baca juga: Rendang Itik Cara Minang, Memang Sedap Dan Tiada Bau Hamis Ikut Resipi Ini

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

13 hours ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

14 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

16 hours ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

17 hours ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

19 hours ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

19 hours ago