Nampak macam ‘simple’ je resipi ikan kembung masak asam rebus ini tapi bila kita sudah ‘start’ makan maka bertambah-tambahlah nasi di dalam pinggan.
Baca juga: Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini
Pendek kata lauk ini ibarat menu pembuka selera. Apa lagi, jomlah kita cuba resipi ikan kembung masak asam rebus yang dikongsikan oleh Tuan Mahani ini.
Menurut beliau, disebabkan rindu dengan air tangan arwah opahnya, beliau cuba buat semula cara masakan untuk hilangkan kerinduan semasa zaman kanak-kanak.
RESIPI IKAN KEMBUNG MASAK ASAM REBUS
Diusia 31 Tahun, tiba-tiba teringat and rasa nak buat. First time buat, rasanya macam tak berapa sama. Second time buat, Alhamdulilah hampir sama. Mirip mirip la. Nak sama tu, tak mungkin la kan. Air tangan manusia, berbeza beza. But is okay, terubat juga rindu dibuatnya.
Bahan kisar:
- 1 Ulas Bawang Merah
- 3 Ulas Bawang Putih
- 1 Inci Kunyit Hidup
- Cili Merah
- Belacan
- Air
Bahan lain:
- 3 Ekor Ikan Kembung / Mabong
- 5 – 7 Helai Daun Kesum
- 1 – 3 Asam Keping
- 1 Batang Serai – dititik
- Air 700 ML – 1 liter Air
Cara memasak:
1. Mula mula tumis bahan blend kira-kira 5 minit kemudian masukkan daun kesum + asam keping + Serai. Tambah lagi 5 minit kemudian baru masukkan ikan and air.
2. Renehkan lagi lauk kira-kira 10 ke 15 minit. Ikan cepat masak jadi tak perlu reneh lama-lama.
3. Siap dan boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Ikan Bakar Sumbat Rempah Ratus, Rugi Sangatlah Kalau Tak Cuba!