Bawa bekal ke sekolah atau ke tempat kerja sudah menjadi rutin kebanyakan orang bagi menjimatkan perbelanjaan harian.
Selain terjamin dari segi kebersihan, terdapat beberapa kelebihan utama membawa bekal berbanding membeli makanan di luar.
Berikut merupakan 8 kebaikan bawa bekal dari rumah:
Membawa bekal dapat menjimatkan banyak wang. Makanan yang dimasak di rumah biasanya lebih murah berbanding makanan yang dibeli di luar. Kesannya, anda boleh mengawal perbelanjaan harian dan menyimpan lebih banyak wang untuk keperluan lain.
Makanan yang dimasak di rumah juga tentunya lebih sihat kerana anda boleh mengawal bahan-bahan yang digunakan.
Anda boleh memilih bahan-bahan segar dan mengurangkan penggunaan garam dan gula, sekali gus dapat mengurangkan risiko penyakit seperti obesiti, diabetes, dan tekanan darah tinggi.
Dengan memasak sendiri, tahap kebersihan lebih terjaga kerana anda tahu bagaimana makanan itu disediakan dan disimpan, berbanding dengan makanan yang dibeli di luar.
Membawa bekal juga boleh menyesuaikan makanan mengikut selera dan keperluan diet masing-masing. Sama ada anda vegetarian, vegan, atau mempunyai alergi makanan.
Selain itu, anda boleh menggunakan lebihan masakan dari hari sebelumnya untuk dijadikan bekal. Ini boleh membantu mengurangkan pembaziran makanan.
Membawa bekal mendorong anda untuk lebih kerap memasak di rumah, yang secara tidak langsung meningkatkan kemahiran memasak anda. Anda boleh mencuba resipi baru dan menjadi lebih kreatif dalam menyediakan makanan.
Membawa bekal juga memerlukan perancangan awal dan disiplin. Ini membantu anda untuk lebih teratur dalam menguruskan masa dan aktiviti harian.
Dengan membawa bekal dalam bekas yang boleh diguna semula, boleh mengurangkan penggunaan plastik yang banyak digunakan dalam pembungkusan makanan di luar. Ini adalah langkah kecil tetapi penting dalam menjaga alam sekitar.
Membawa bekal dari rumah bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi juga menggalakkan gaya hidup yang lebih teratur dan mesra alam.
Jadi, bermula hari ini jom sama-sama bawa bekal ya!
Baca juga: Jenis Lunch Box Untuk Ke Pejabat, Tinggal Pilih Nak Guna Yang Mana
Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…
Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…
Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…
Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…
Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…
Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…