Categories: Resipi

Resipi Laksa Thai, Buat Sendiri Taklah Segan Nak Menambah!

Kalau mengidam dan teringin nak tahu macam mana rasa laksa ini, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nur Masri. 

Buat sendiri lagi puas dan tak segan nak menambah!

Baca juga: Cara Simpan Mi Kuning, Kuetiau & Laksa, Boleh Tahan Sampai 3 Minggu!

RESIPI LAKSA THAI

Bahan-bahan:

  • Laksa kering jenis halus (rebus dahulu kemudian toskan)
  • 1 kg ikan selayang atau temenung
  • 10 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 4 batang serai* (2 batang di blend, 2 batang lagi di ketuk untuk kuah)
  • 2 inci belacan*
  • 5 biji cili api* (boleh lebihkan jika suka pedas)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 4 keping asam gelugur
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam, gula dan perasa

Cara-cara:

1. Rebus ikan dan asingkan isi dari tulang.

2. Isi ikan di blend halus.

3. Gunakan air rebusan ikan tadi untuk blend tulang ikan, kemudian tapis.

4. Blend semua bahan yang bertanda (*).

5. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar hingga naik minyak.

6. Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.

7. Masukkan isi ikan yang telah dikisar.

8. Bila kuah mendidih, masukkan asam keping, daun limau purut dan air. Kuah jangan terlalu pekat atau terlalu cair, ikut selera masing-masing. Kacau sebati.

9. Kemudian masukkan santan dan sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.

10. Perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa.

11. Bila rasa sudah sesuai dan kuah mendidih, boleh tutup api.

12. Hidangkan laksa lemak siam dengan bahan-bahan sampingan yang lain.

Bahan-bahan sampingan:

  • Timun
  • Taugeh
  • Kacang panjang
  • Bunga kantan
  • Daun selasih / Thai basil
  • Limau nipis

*Bahan sampingan ini boleh disesuaikan mengikut selera masing-masing.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: 10 Fungsi Tepung Jagung, Boleh Hilangkan Bau Tong Sampah Juga

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

5 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

5 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

5 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

6 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

6 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

9 hours ago