Kempen Projek Mangkuk Tingkat 2024 anjuran MyResipi yang bermula 1 Julai sehingga 31 Julai 2024 telah melabuhkan tirainya. Kempen ini berjaya menarik lebih 270 penyertaan di laman Facebook MyResipi.
Setiap minggu sepanjang kempen, kami telah memilih seorang pemenang bertuah untuk menerima set istimewa Le Nona bernilai RM1,234! Jumlah pemenang keseluruhan adalah 4 orang.
Dengan berakhirnya Projek Mangkuk Tingkat, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai kempen ini. Ini adalah inisiatif pertama kami bersama MyResipi, WOWSHOP, dan Le Nona, malah kami sangat gembira melihat kreativiti para peserta.
Sepanjang kempen, kami telah menerima pelbagai resipi menarik dan idea bekal yang bukan sahaja sihat tetapi juga mesra alam. Projek ini bukan sahaja bercerita mengenai bekal tetapi juga dapat mengurangkan pembaziran dan penjimatan kos.
Tahniah kepada pemenang bertuah kami iaitu Mawar Masri, Za Fira, Sarmila Sharif, dan Ila Dila! Hadiah istimewa dari Le Nona diharap dapat memberi manfaat dan inspirasi dalam penyediaan makanan harian anda.
Mawar Masri, pemenang minggu pertama Projek Mangkuk Tingkat dan memenangi set pinggan eksklusif Le Nona.
Za Fira, pemenang minggu kedua Projek Mangkuk Tingkat yang telah memenangi koleksi set ekslusif Kuali Jumbo Rose Dan Periuk Le Nona.
Sarmila Sharif, pemenang minggu ketiga Projek Mangkuk Tingkat yang telah memenangi koleksi set pinggan ekslusif Le Nona.
Ila Dila, pemenang minggu keempat Projek Mangkuk Tingkat yang telah memenangi koleksi set ekslusif Kuali Jumbo Rose Dan Periuk Le Nona.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menyertai, berkongsi, dan menyokong sepanjang kempen ini. Kami berharap Projek Mangkuk Tingkat memberi inspirasi kepada anda untuk terus amalkan gaya hidup sihat, menjaga alam sekitar, dan mengeratkan hubungan komuniti melalui makanan.
Jumpa lagi di kempen kami yang akan datang!
Baca juga: 8 Jenis Buah Sesuai Letak Dalam Bekal, Yang Lain Boleh Cepat Rosak!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…