PENULIS

MyResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-25

Bagi mak-mak yang suka makan dan buat kek, resepi Kek Batik Marie Indulgence ini antara yang wajib di cuba. Rasanya cukup sedap, lembut dan tak keras malah sangat mudah untuk dibuat.
Selain untuk tujuan makan sendiri, mak-mak juga boleh ambil tempahan untuk memperoleh pendapatan sampingan. Mesti laku keras lah! Jadi mari kita cuba resepi Kek Batik Marie Indulgence yang dikongsikan oleh Rosmaliza Omar di kumpulan Sesedap Air Tangan Bonda di Facebook.

Kredit: Rosmaliza Omar

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus 600 gram biskut marie
  • 250 gram buttercup
  • 200 gram milo
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 3 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu segar

Cara-cara:

  1. Patah-patahkan biskut. Ketepikan.
  2. Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu pekat dan susu segar ke dalam kuali dan masak dengan menggunakan api sederhana.
  3. Kemudian masukkan buttercup. Masak sampai butter cair.
  4. Gaul hingga pekat dan sekata. Masukkan biskut Marie dan gaul hingga bersalut.
  5. Tekan-tekankan adunan yang telah siap ke dalam loyang bersaiz 9″ yang telah dialas dengan kertas minyak.
  6. Sejukkan sebentar kemudian masukkan dalam peti sejuk.

Kredit: Rosmaliza Omar

COKLAT GANACHE

Bahan-bahan:

  • 150 ml whipping cream anchor
  • 300 gram milk compound coin (beryls)
  • 2 sudu butter

Cara-cara:

  1. Panaskan whipping cream kemudian masukkan coklat masakan dan kacau sampai coklat larut. Masukkan butter kacau sampai butter cair dan nampak licin.
  2. Tuangkan coklat ganache atas indulgence cream. Sejukkan selama selama 4 jam atau semalaman dalam peti sejuk.
  3. Siap. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Kredit: Rosmaliza Omar

Selamat Mencuba
Kredit: Rosmaliza Omar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN